seperti tahun-tahun sebelumnya, bila anniversary, kitaorang selalunya
celebrate dengan makan-makan kat
luar. tak pernahnya nak celebrate kat
mana-mana selain restoran kan? kalau mr.
hubby tau aku cakap macam ni, mesti dia akan kata “alhamdulillah. ada orang yang tak dapat makan”. deep...!
untuk anniversary tahun ni, aku terfikir nak ke luar
bandar. semua ni gara-gara ternampak
promotion di Groupon untuk merasai satu pengalaman di satu tempat ni. tak jauh pun, ke Bentong je. dalam 1 jam dah boleh sampai. nak celebrate sampai ke obersi tak mampu
nokkk…! muahahaha!
lepas breakfast Sabtu lepas, kitaorang pun bergerak ke
Bentong. dalam perjalanan, kitaorang
singgah di Berjaya Hills, Bukit Tinggi. kitaorang tak pernah sampai ke situ lagi. pernah dengar orang cerita dan tengok gambar
je.
dari exit highway nak ke puncak Berjaya Hills tu, adalah
lebih kurang 15 minit. maklumlah first
time nak pergi situ, rasa macam tak sampai-sampai je bila mendaki bukit
tu. terlebih excited. hehe…
we reached the top almost at 12.00 noon. walaupun tak stay kat situ, kita still kena bayar entrance fee of RM13.00 per person. kalau stay kat situ pun kena bayar entrance fee jugak, tapi amount tu akan ditolak masa check-out.
Colmar Tropicale – a French Themed Resort. cantiknya tempat tu. Colmar Tropicale ni dibina berdasarkan sebuah
pekan lama, iaitu Colmar, yang terletak di daerah Alsace di Perancis. aku tak pernah sampai ke sana, so tak taulah
betul-betul sama ke tidak. tapi kalau
tengok gambar kat Internet, macam sama.
aku suka tengok architecture serta design bangunan-bangunan
yang ada kat situ. aku rasa, memang
takkan jumpalah bangunan yang macam tu kat tempat lain kat Malaysia ni. atau mungkin ada, aku je yang tak tau.
nama-nama restoran yang ada kat situ semuanya nama France. La Blason, La Cigogne, La itu, La ini, bla, bla, bla. food yang ditawarkan pun mostly makanan France. tapi jangan risau, makanan Asia serta western pun ada jugak.
kebetulan pulak kitaorang singgah waktu lunch, memang tak
patutlah kalau tak singgah kan… untuk
alas perut sebelum sampai di Bentong, kitaorang minum di kedai bakeri La
Boulangerie. “kita makan yang
ringan-ringan je”, aku cakap kat mr. hubby.
we ordered a bread butter pudding, a chicken quiche, an egg
sandwich, a caramel ice blended and a lemon mandarin tea. nampak ringan, tapi kenyang. “ringan-ringan ke ni?”, tanya mr. hubby. muahahaha!!!
lepas dah ambik gambar secara berjemaah sampai lebam,
kitaorang pun bergerak ke Bentong. singgah
sekejap di Petronas Lentang untuk solat Zohor.
sampai di pekan Bentong lebih kurang pukul 2.00 petang. kitaorang pun terus menuju ke destinasi.
tempat yang kitaorang nak pergi tu terletak di Jalan Tras,
Bentong, iaitu jalan lama ke Raub. walaupun masa tu kat tangan aku ada map, tersesat jugak sebab aku tak perasan yang kitaorang
sepatutnya belok ke kiri bila sampai di satu landmark.
aduyai... terpaksalah kembali ke pangkal jalan. hehe… jalan lama ke Raub tu dipenuhi kebun-kebun persendirian di kiri-kanan jalan. pokok durian yang paling banyak sekali ditanam. tak sampai 10 minit pemanduan, kitaorang pun sampai di destinasi.
bersambung...
aduyai... terpaksalah kembali ke pangkal jalan. hehe… jalan lama ke Raub tu dipenuhi kebun-kebun persendirian di kiri-kanan jalan. pokok durian yang paling banyak sekali ditanam. tak sampai 10 minit pemanduan, kitaorang pun sampai di destinasi.
bersambung...
No comments:
Post a Comment