apa nak tulis eh? tak
tau nak tulis apa lah. idea belum
mari... tiap-tiap tahun sama je sebab ni
adalah ulangtahun perkahwinan dua insan yang sama sejak 1998. yang berbeza cuma tahun nya aje. tapi, takkan semuanya sama?
serius?
ada… appearance, seiring dengan meningkatnya umur
dua insan tersebut. dulu rambut banyak, sekarang dah start sulah. nampak?
macam peta Afrika Selatan dah aku tengok ni. bahahaha!!!
dulu rambut hitam legam, sekarang dah ada sikit uban. “50 shades of grey”, katanya…!
dulu kulit muka tegang, tak payah nak makan stemcell atau kolagen
segala. sekarang dah banyak garis-garis
halus. yang tak berapa nak halus pun ada
jugak, terutama di bahagian mata. makan
kolagen seguni pun belum tentu berkesan.
dulu kurus, sekarang kembang. ada tak macam tu? mihihihi!!!
orang kata, bagi orang yang dah kahwin, part yang tu standard. apa yang standard? aku tengok Che Ta maintain je. alahai…!
dulu masa muda, perangai kebudak-budakan. aku mengaku, aku lah tu. sekarang dah cukup matang kot, boleh fikir mana
yang baik, mana yang buruk. sebenarnya,
dari dulu dah tau perkara baik & buruk.
tapi disebabkan masa tu muda, tutup sebelah mata je.
ha… nampak… idea dah
datang. banyak pulak aku tulis menaip. macam aku bagitau awal-awal tadi, dah tak tau
nak tulis apa dah. ucapan ulangtahun perkahwinan
yang sama dah terlalu cliché. kadang-kadang
tu, terlebih jiwang pulak. hehe…
apa-apa pun, Alhamdulillah di atas jodoh yang ditentukan
Allah ini, dan yang dah tertulis sejak di Loh Mahfuz lagi. perancangan Allah adalah yang terbaik.
Alhamdulillah kerana kedua-dua insan ini masih setia dengan
ikatan yang suci ni. semoga ianya terus
utuh dan kekal hingga ke akhirat, in shaa Allah. Aamiin.
doakan kami ya ^_^
Alhamdulillah kerana insan yang seorang itu menerima aku
yang serba kekurangan ini seadanya. aku
ni banyak kekurangan. ada masa ok, ada
masa tak. ada masa tak pasal-pasal moody. paling teruk pun setakat meroyan je kot. hehe... dan insan yang seorang tu tetap sabar dengan
aku…
Abang, terima kasih sebab terima saya seadanya. terima kasih sebab banyak bersabar dengan saya. terima kasih sebab temankan saya ke
mana-mana. terima kasih sebab jadi
kekasih yang halal buat saya . terima kasih
sebab jadi sahabat saya yang terbaik.
terima kasih sebab jadi mr. mama bila kesihatan saya tak mengizinkan. terima kasih sebab jadi main sponsor bila tiba tengah bulan. aku bukan pisau cukur hokey? terima kasih sebab belikan coca-cola tiap-tiap bulan, walaupun garis-garis halus
dah start main kasar. terima kasih sebab
jadi hero bila ada lipas ajak main kejar-kejar kat
dapur.
terima kasih untuk segala-galanya. maraming salamat sa lahat.
selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 17. mahal na mahal kita…
No comments:
Post a Comment