Caravan Serai Exclusive Private Villas set in 10 acres of
beautiful landscape garden with manicured lawns and surrounded by Keratong
River. it is meant to be a natural haven
of rest and relaxation for those who wish to escape from their busy
lifestyle. at the moment, it consists of
2 Caravan Suites and 7 Deluxe Safari Tents.
upon checked-in, we were served with cold lemongrass
drinks. mmm… nyaman dowh, setelah
tersalah jalan selama 10 minit. syukur
mr. hubby tak naik hangin. we checked-in
into safari tent number 5. our tent was
facing the river pool.
Deluxe Safari Tent ni bukan macam hotel yang biasa kita duduk
tu. waima duduk di hotel yang takde bintang
pun, yang pasti ada air-cond dan tv kan? safari tent ni takde tv. built-in
air-cond dah tentu lah takde, tapi dibekalkan dengan split air-cond.
almari takde, cuma ada chest drawer. kalau nak sangkut baju ke apa, boleh sangkut
kat tempat yang disediakan seperti dalam gambar. then ada complimentary of 2 bottles of mineral
water. kalau nak air panas, boleh mintak
kat restoran.
kat situ takde wifi ya.
so kepada kaki-kaki yang tak boleh hidup tanpa wifi, anda tidak
digalakkan ke situ. huhu! coverage for mobile phone pun sangat
limited. asyik Emergency Call je. kalau nasib baik dapat satu bar,
berdesup-desup bunyi WhatsApp masuk.
lepas tu senyap.
tapi kalau nak service macam kat hotel, korang boleh duduk
di Caravan Suites. Caravan Suite tu ada
tv, air-cond, fridge, etc, etc. cuma kalau stay kat situ, tak
dapatlah merasa pengalaman bercamping. tapi
kat Caravan Serai tak panggil camping. ia
dipanggil ‘Glamping’ ~ Glamor Camping.
bercamping pun nak glamour. hehe…
macam mana aku boleh terjebak kat situ pun aku tak tau. masa nak pergi tu cuak jugak. aku rasa sebab Groupon buat promotion yang baik
punya. rasa-rasanya, tahun ni Groupon
banyak mempengaruhi aku. tapi kalau
difikir-fikir balik, promotion di Groupon memang berbaloi-baloi.
anyway, petang tu takde aktiviti. free & easy. bersantai je kat dalam khemah. mr. hubby dan dina keluar melihat-lihat kawasan persekitaran. kat luar khemah, riuh dengan suara budak-budak muda mandi-manda dalam river pool.
lepas maghrib, kitaorang dinner di Keratong Restaurant. we ordered steamboat for 2 pax and nasi
goreng for dina. steamboat tu memang
banyak untuk 2 orang makan. sayur-sayuran
paling banyak sebab restoran tu petik fresh dari kebun diaorang dalam kawasan
tu jugak. puas mr. hubby nak
menghabiskan semua sayur tu.
Photo credit to Caravan Serai
masa nak balik ke khemah lepas makan, ada glampers yang buat
barbeque. syok je tengok. tapi kalau nak buat barbeque, kena ada
minimum 6 orang dalam group.
rupa-rupanya, ada artis di kalangan glampers malam tu. Que Haidar & family termasuk dalam group glampers yang buat barbecue tu. mungkin diaorang ni crew AF kot, datang bercuti selepas AF habis minggu lepas. agaknya lah...
rupa-rupanya, ada artis di kalangan glampers malam tu. Que Haidar & family termasuk dalam group glampers yang buat barbecue tu. mungkin diaorang ni crew AF kot, datang bercuti selepas AF habis minggu lepas. agaknya lah...
malam tu rasa panjang sangat sebab takde tv. nak kata kitaorang macam cicak berak kapur pun
ya jugak. sementara nak tunggu mata
mengantuk, mr. hubby membaca. aku dan
dina main game.
untuk orang yang jenis tidur awal macam aku, main game pun boleh mengantuk hokey..! pukul 9.00 lebih aku dah terlelap. walaupun kat luar khemah masih bising lagi dengan suara orang sedang barbeque, aku rasa masa tu aku dah sampai ke bintang…
untuk orang yang jenis tidur awal macam aku, main game pun boleh mengantuk hokey..! pukul 9.00 lebih aku dah terlelap. walaupun kat luar khemah masih bising lagi dengan suara orang sedang barbeque, aku rasa masa tu aku dah sampai ke bintang…
bersambung...
No comments:
Post a Comment