Allahhu akbar allahhu akbar allahhu akbar. Laa illahha illallahu akbar. Allahhu akbar walillahhilhamd. hari tu adalah hari raya aidil adha di
Malaysia. di Perth pun raya jugak.
Russell Square
pertama kali dalam hidup beraya di bumi asing. takde takbir raya di tv atau di radio kedengaran. memang janggal betullah rasanya. tu lah, silap beli tiket lagi. hehe…
malam sebelumnya aku dah berkemas. pagi tu sambung kemas lagi. sebenarnya, aku terpaksa berkungfu untuk masukkan
semua barang yang dah dibawak dan yang baru dibeli supaya boleh muat dalam ketiga-tiga
luggage. beratnya dah double dari masa
datang hari tu. aduyai.. silap-silap kena bayar excess baggage kat
airport ni.
hari tu adalah hari terakhir kitaorang kat Perth. walaupun check-out time was 11.00 am,
kitaorang dah bagitau akan check-out by 1.00 pm. syukur girl kat reception tu bagitau takde
masalah. dia pun dah siap panggilkan
teksi untuk fetch kitaorang pukul 1.00 nanti.
alhamdulillah.
memula ingatkan nak singgah Malaysia Hall Perth. boleh jugak mr. hubby solat aidil adha. kalau tak pun, dapat jamah makanan
tradisional Melayu ke. tapi bila tengok
kat fb page dia ada tertulis “Makanan ada disediakan. Potluck dialu-alukan”, bila baca part potluck tu terus hilang
semangat. segan nak singgah kalo
macam tu.
mr. hubby suggested kitaorang keluar lepas habis solat
raya. sekurang-kurangnya, taklah segan
sangat kalau singgah nanti. so lebih kurang pukul 10.00 am, kitaorang menuju ke Malaysia Hall Perth, pun di Newcastle Street jugak. dalam map nampak jauh, tapi dekat je
rupanya. tak sampai lima minit berjalan kaki.
bangunan berwarna merah tu dari jauh lagi dah nampak. masa sampai situ, adalah 5-6 students sedang
bergambar. kalau korang nak tengok
gambar diaorang, boleh pergi fb page Malaysia Hall Perth. mana tau, entah-entah korang punya kaum
kerabat ke. hehe..
kitaorang ambik gambar je kat situ. tak masuk pun. seganlah.
dari situ, kitaorang ke James Street untuk breakfast. carik punya carik, akhirnya singgah di Prestige
Kebab House. second time kat situ. kitaorang pernah tapau food dari sini
masa second day di Perth.
we ordered chicken burger, beef burger with fries, Pepsi and
mineral water. pagi raya makan burger
tu. syahdu wei! sambil makan tu, kitaorang tergelak-gelak
jugak ~ gelakkan diri sendiri. hahaha! lawak betullah. tapi pengalaman tu yang priceless
sebenarnya. kau hado??? huhu!!!
on the way back to hotel, we dropped by a few vintage shops
yang ada di sekitar Northbridge. dapatlah
rembat a few stuff at a very reasonable price untuk diri sendiri. jadi lah, daripada takde.
sampai hotel, terus bersiap dan final packing.
a few minutes later, teksi pun sampai. punya lah punctual. Aku target teksi datang lambat sebab time tu lunch
hour, kot-kot lah jalan jammed ke. terkial-kial masing-masing nak
siapkan diri. syukur Dina tolong hantar
room key kat reception for checking-out.
kalau tunggu aku lambat nanti.
setengah jam dah sampai airport. terus beratur untuk dropped bag. ramalanku benar belaka. baggage dah exceed dari pre-booked. nak tak nak, kenalah bayar. moralnya di sini, next time kena beli pre-booked baggage
secukupnya. serik dowh!
sementara nak sampai departure gate, singgah cuci mata kat
beberapa buah kedai. agak-agak ada yang
tak beli lagi, belilah sikit-sikit buat tambahan. since our flight was at 4.05 pm, we bought
sandwiches and sushi untuk alas perut. nak tunggu food dalam flight tu karang, silap-silap 5.30 pm baru dia served. kebulur nanti.
AirAsia X PER-KUL departed as scheduled and we landed safely
in KLIA2 at 9.45 pm. singgah makan di
Wendy’s dulu sebelum naik teksi untuk balik ke rumah. we reached home at about 12.30 am. alhamdulillah.
*************************
in my opinion, Perth is a laid-back city. sangat peaceful. bandarnya besar, tapi tak sesibuk KL. public transport yang sangat efficient
membuatkan aku tak putus-putus buat perbandingan dengan public transport di
sini. sigh...
sepanjang berada di sana, berurusan dengan mereka yang
bekerja di industri perkhidmatan seperti bus driver, waiter ataupun cashier,
amat mengagumkan. diaorang penuh dengan
informasi, sentiasa peramah dan sentiasa tersenyum, walaupun masa tu lagi 10
minit kedainya nak tutup. kat sini, boleh dapat ke macam tu?
by the way, kat Perth ni, most shops, boutiques, outlets dan
yang sewaktu dengannya, tutup pukul 5.00 pm.
paling lambat pun pukul 5.30 pm. so
kalau pergi tour free & easy, kena take note tu. antara kedai yang tutup lambat macam
convenience store tutup pukul 8.00.
restoran dan bar je yang tutup lambat.
dan yang paling ketara sekali, kalau jumpa orang Melayu masa
kat sana, mesti kita akan jadi terlebih peramah. biasalah kan, kalau jumpa muka-muka familiar
di bumi asing, tetiba je rasa macam jumpa sedara. padahal tak kenal pun. dapat bercakap bahasa yang sama pun dah happy
dah. hehe…
kat Perth tu bersih. sebenarnya,
tak payah tengok jauh-jauh. jiran kita
di selatan tanahair tu contoh terdekat. kemudahan yang
disediakan untuk rakyat, terutama warga emas dan OKU sangat diberi
perhatian. kita kat sini macam tu
jugak. “Utamakan warga emas dan OKU”,
katanya. tapi tak nampak
pun enforcement tu. hampeh!
i was glad that our plan went smoothly as per itinerary
prepared prior going there. cuma aku ralat
sebab tak pergi Fremantle Prison. terkejar-kejar
sangat nak pergi Watertown, tu lah pasal.
yang Watertown tu pulak, apasal tutup cepat sangat? hehe… tetiba je emo.
in a nutshell, I really love the experience when I was in the city of Perth. priceless! bandarnya yang bersih. kawasan suburb yang scenic. penduduknya ramah & berdisiplin. serta public transportnya yang efficient.
kalau diberi peluang ke Australia lagi, in shaa Allah, nak pergi semula ke Perth. tapi kalau fikir dua kali, ada baiknya pergi tempat yang lain pulak macam Sydney, Melbourne ataupun Brisbane.
kalau diberi peluang ke Australia lagi, in shaa Allah, nak pergi semula ke Perth. tapi kalau fikir dua kali, ada baiknya pergi tempat yang lain pulak macam Sydney, Melbourne ataupun Brisbane.
tapi semua tu tengok keadaan lah. banyak faktor yang perlu diambil kira. panjang umur, in shaa Allah sampailah ke sana. paling penting, cukup dana. tapi yang terpenting antara semua, dengan izin
Allah. sehebat mana pun kita merancang, lebih
hebat lagi perancangan Allah untuk kita.
alhamdulillah. akhirnya, dapat jugak aku siapkan kisah percutian kitaorang kat Perth. hal-hal keluarga serta kesihatan yang tak mengizinkan menyumbang kepada delay in posting the entry. apa-apa pun, terima kasih sebab sudi singgah di blog ni. assalamualaikum.
note to mr. hubby: our Australian Visa will only expire in September
2016… #hint (^_^)
No comments:
Post a Comment