Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 27, 2015

beautiful isolation in Down Under

malam sabtu lepas, aku kunci jam pukul 4.00 pagi sebab takut tak terbangun.  tapi sebelum 3.30 pagi mata aku dah terjaga.  terkebil-kebil je.  kalau tidur kang, takut terlelap terus.  dah alang-alang jaga, terus je lah bangun, buat apa yang patut.


as arranged, taxi fetched us at 5.00 a.m. to the airport.  saja nak pergi makan angin sempena cuti sekolah.  nak bawak anak jalan-jalan.  ke sebenarnya mak nya yang nak berjalan?  hehe...

tapi aku memang silap sikitlah masa beli tiket dulu.  tak sangka pulak raya haji dalam cuti sekolah.  aku cuma check tarikh cuti sekolah, bukan tarikh public holiday.  bila aku tanya mr. hubby nak tukar tarikh ke tidak, dia kata tak payah.  syukur mr. hubby ok.  alhamdulillah.


sampai di KLIA2 terus solat subuh, lepas tu baru dropped bag.  walaupun ada masa lebih kurang satu jam setengah sebelum flight berlepas, kitaorang awal-awal lagi dah menuju ke departure gate.  first time kat KLIA2.  dengar kata, agak jauh nak sampai ke gate.  tu yang kitaorang cuak.


flight departed at 8.50 a.m.  and we landed the land of down under at 2.20 p.m.  alhamdulillah.  walaupun ada beberapa saat turbulence dalam perjalanan, syukur takde perkara yang tak diingini berlaku.  so... Perth, here we come...!

since there're 3 of us, it is advisable to take a cab.  kalau nak economical lagi, boleh ambik teksi sampai Welshpool train station, then naik train ke Perth city.  tapi aku tak kuasa nak mengangkut bagasi naik train.  kalau teksi terus je direct ke pintu hotel.  senang bah...!



aku pilih The Nest on Newcastle di Newcastle Street untuk percutian kitaorang kali ni.  sebenarnya, ni hotel yang kelima aku booked.  4 hotel yang lain aku dah cancel di atas faktor-faktor yang kurang seswai.  bagi aku, ada beberapa faktor yang perlu ditimbang sebelum buat decision on hotel booking.  paling penting, harga yang mampu.  kedua, lokasi yang mudah access.  ketiga, ranking di TripAdvisor.


part ranking tu aku memang tak ambik mudah.  memang betul ada orang kata, bila bercuti, kita akan kurang berada dalam bilik sebab kita akan keluar most of the time.  aku tak nafikan tu.  tapi pada aku, tempat tinggal sementara tu haruslah selesa.


apa-apa pun, tepuk dada, tanya selera.  tiap-tiap orang ada pendapat masing-masing dan tiap pendapat tu takde yang salah.  cuma aku nak percutian aku kat sesuatu tempat tu meninggalkan kenangan yang indah-indah je, samada dari segi pengalaman ataupun tempat tinggal.


anyway, we stayed at room no N4 on the second floor.  The Nest on Newcastle is a boutique hotel dan baru je beroperasi bulan Mei yang lalu.  bersih dan luas, siap boleh letak rollaway bed lagi.  dan ada balconi serta patio.  Newcastle Street ni terletak di kawasan Northbridge, an inner city suburb of Perth.


petang tu takde apa-apa aktiviti.  memang plan nak jalan-jalan sekitar hotel supaya familiar, senang nak naik public transport nanti.  selesai checked-in dan berehat sekejap, kitaorang keluar untuk dinner.  sebelum pilih hotel ni, aku dah buat survey pasal halal food kat area ni.


Masjid Perth di Robinson Avenue terletak lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari hotel.  so memang ada beberapa restoran halal di sekitar hotel yang within walking distance je.  cuma takde restoran Melayu je kat area ni  ^_^


malam tu kitaorang pilih Manise Cafe, an east Indonesian restaurant.  masa kitaorang sampai depan pintu restoran tu, ada 2 couple dari Malaysia, pun nak masuk restoran tu jugak.  anyway, we ordered nasi putih berserta daging bakar rica, kulit ayam goreng dan nasi goreng ayam.


oklah, boleh jamah.  lapar sebenarnya sebab our last meal was in the flight at 10 a.m that morning.  dahlah cuaca agak sejuk.  bertambahlah lapar.  lepas makan, terus balik hotel.  esoknya nak berjalan-jalan di luar bandar Perth.

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...