Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 28, 2015

beautiful isolation in Down Under ~ day 2

the next morning, our plan was to go to Fremantle.  and our tour guide is me.  yes, you read me right.  ME.  berbulan-bulan aku buat survey mengenai Perth, termasuklah public transport, accessibility di jalanraya, cuaca, neighbourhood, food, attractions, etc, etc.


bukan setakat tu.  peta Perth pun aku study.  rasanya kalau pejam mata, aku dah boleh bayangkan jalan-jalan yang ada di sekitar bandar Perth.  hehe...  aku memang macam ni kalau pergi bercuti.  study maut habis!  ^_^


so kalau ada sesapa nak tau info atau khidmat tour guide tak bertauliah, bolehlah tanya aku sementara memory masih fresh ni.  in shaa Allah, mana yang aku boleh tolong, aku tolong.  but don't expect too much lah ya.  sikit-sikit tu bolehlah.  hehe...


seperti bandar-bandar besar yang lain, rush hour in Perth is between 7.00 - 9.00 a.m.  so kitaorang started our journey at 9.30 a.m.  mula-mula naik Blue CAT (Perth Central Area Transit) kat Aberdeen Street.  for your info, most CAT routes are zero-fare.  lepas tu ambik train ke Fremantle di Perth Station.


sepanjang perjalanan, kita dapat lihat neighborhoods di Perth.  selain dari tu, the train offers a great view of Fremantle harbour as it crosses the train bridge.  sesampai je di Fremantle Station, terus cari Fremantle CAT.



our first pit-stop is Esplanade Hotel.  tak pergi hotel tu pun, cuma turun kat bus stop dia je.  hehe...  jalan-jalan di sekitar Esplanade Park, a public reserve in Fremantle.  mat saleh ni memang sukakan taman kan.  siap baring-baring lagi atas rumput.  seorang pun layan.


dari situ, kitaorang ke Western Australia Museum - Shipwreck Galleries.  jalan kaki je sebab dekat sangat.  bangunan muzium tu pun boleh nampak dari Esplanade Park.  masa kat museum tu, ada budak sekolah rendah sedang buat rombongan sambil belajar.  bila orang muzium bagi soalan kat diaorang, panjang lebar seorang budak tu jawab.  orang muzium tu siap angguk-angguk lagi  ^_^


dari muzium, kitaorang ke Round House.  ni pun berjalan kaki jugak.  mostly tourist site kat Fremantle ni dekat-dekat di antara satu sama lain.  senang kan?  Round House ni adalah bangunan tertua di Western Australia.  dulu digunakan sebagai penjara tapi sekarang dah jadi tourist site.


matahari dah mencarak.  perut pun dah lapar.  apa kata kita makan dulu..?  hehe...  kitaorang makan di restoran yang paling popular di Fremantle iaitu Cicerello's.  Cicerello's ni kat area Fishing Boat Harbour.  macam jauh sangat.  sebenarnya seberang jalan je daripada muzium yang mula-mula kitaorang pergi tadi.  hihi!!!


menu yang wajib diorder ialah Traditional Fish & Chip.  dah sah-sah kat signboard dia ada tulis 'WA's No. 1 Fish N Chips'.  Salt & Pepper Chilli Squid dan Double Chocolate Mousse Cheesecake.  alhamdulillah.


kalau ikut itinerary, ada satu lagi tempat yang kitaorang nak pergi melawat iaitu Fremantle Prison.  aku nak pergi melawat penjara tu sebab it is WA's only World Heritage Listed Building.


masa kitaorang keluar dari Cicerello's dah hampir pukul 1.00 tengahari.  dalam itinerary aku, pukul 1.00 kitaorang sepatutnya dah meninggalkan Fremantle.  tu yang buat aku serba-salah.  akhirnya kitaorang tak pergi.


kitaorang ambik bus kat bus stop Fishing Boat Harbour dan terus ke Fremantle train station.  tapi kitaorang tak turun kat Perth Station, sebaliknya di City West Station.  dari situ, naik Green CAT ke Watertown.


bila dah sampai Watertown baru aku sedar kenapa aku rushing nak tinggalkan Fremantle cepat-cepat.  mostly kedai di Perth tutup pukul 5.00 atau 5.30 petang.  aku nak cepat sampai di Watertown sebelum kedai-kedai tu semua tutup.  ha... itu lah sebab yang sebenarnya.


anyway, Watertown Brand Outlet tu is like our JPO (Johor Premium Outlet).  brand yang ada kat situ mostly local brands from Australia like Oroton, Cotton On, Rip Curl, Alannah Hill, etc.


selain tu, brands yang tersohor seantero dunia yang ada kat situ termasuklah Adidas, Converse, Levi’s dan Esprit.  kitaorang tak familiar dengan brands dari Australia ni.  maka nya kitaorang cuma masuk ke butik yang kitaorang tau dan yang dah memang ada kat KL.  mihihihi!  tak adventure langsung!


kat Watertown tu ada disediakan surau untuk muslimin & muslimah yang letaknya dalam office customer service.  alhamdulillah, mereka cukup prihatin dengan visitors yang datang ke situ.  cuma ada sikit je masalahnya.  muslimin & muslimah share tempat ambik wudhuk.  acaner tu...?


by 5.30 pm kitaorang dah keluar dari Watertown.  kedai-kedai kat situ mostly dah tutup waktu tu.  we took Yellow CAT just outside the building untuk ke Perth Station.  dari situ, berjalan ke Beaufort Street Bridge untuk naik Blue CAT pulak.


sampai di Aberdeen Street lebih kurang pukul 6.00 pm.  disebabkan dah kepenatan berjalan satu hari, kitaorang tapau for dinner.  singgah di Prestige Kebab House dan order beef burger + fries.  balik ke hotel kitaorang makan di patio.  dengan udara yang nyaman, memang macam kat rumah je rasanya...


malam tu tidur memang nyenyak.  penat.  tambah-tambah lagi katil empuk, tilamnya tebal lebih dari sejengkal.  memang heaven…

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...