Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 16, 2015

1 Zulkaedah

rasa macam dah lama sangat tak update blog kan?  selalu kalau aku biarkan blog ni berhabuk, paling lama pun 2-3 minggu.  ni dah lebih dari sebulan dah ni ha.  bersawang giler katakaw!  tapi sapa kisah aku update blog ke tidak.

last sekali aku post 15 Ramadhan.  hari ni dah 1 Zulkaedah.  Syawal nya dah ke mana?  disebabkan jarak masa dari 15 Ramadhan ke 1 Zulkaedah ni agak panjang, jadi aku fikir buat throwback untuk bulan syawal ya.  sebenarnya sayang nak buang gambar raya yang banyak kat dalam handphone ni.  hehe...


throwback Syawal 2015.....


dah terlambat pun nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri.  tapi dah kata throwback kan, so aku nak ucapkan belated selamat hari raya aidilfitri, terutamanya kepada sanak-saudara, sahabat handai serta kenalan yang aku tak jumpa masa bulan syawal hari tu.


juga maaf zahir batin dari kami sekeluarga di atas tutur kata atau perbuatan yang menyinggung hati dan perasaan, samada secara sengaja atau tidak.  tiada manusia yang sempurna kan?  cliché nya ucapan raya ni  ^_^


biasanya, kalau buat entry hari raya mesti lebih dari satu post, sampai part v pun ada.  tapi untuk hari raya tahun ni, aku compact kan jadi satu entry je.  gambar-gambar yang ada pun lain-lain size sebab sumbernya pun lain-lain.  oklah, selamat membaca ya…


1 syawal kitaorang balik ke Kuala Sawah, Rantau.  agenda yang sama pada tiap-tiap tahun pada hari raya pertama.  cuma celebration kat rumah pusaka wan tahun ni, dia punya meriah tu lain macam sikit.  sebabnya, ramai waghih balik kampung tahun ni.



yang tak pernah-pernah balik raya tahun-tahun sebelum ni pun balik jugak.  tu yang meriah.  masing-masing dah lama tak jumpa.  cuma jumpa dalam group whatsapp je.  sekali bila jumpa, ha hambek.  gelak tak ingat dunia!



bila dah ramai-ramai tu, sesi bergambar punyalah banyak.  mengalahkan retis!  aku malaslah nak cerita banyak.  korang tengok je lah gambar-gambar yang ada kat ni.  kekadang tu, seram jugak aku tengok muka aku dalam gambar-gambar tu.  huhu!!!


tapi pemandangan kampung dalam gambar tu yang rare.  duduk kat hutan batu dan bergambar dalam flats ataupun office dah biasa sangat kan.  bila berada dalam suasana kampong yang macam tu, baru terasa ‘real’nya beraya.  bak kata Azlina Aziz, indahnya beraya di desa... ^_^


dari N9, kitaorang beraya di rumah mil pulak di Cheras.  kat situ havoc macam biasa.  tapi kalau bukan hari raya pun dah memang havoc.  mihihihi!!!


2 syawal kitaorang sepatutnya ke Rembau.  tapi aku tak larat nak balik sebab kurang sihat.  badan macam angka (dedar) je.  mungkin sebab cuaca kot.  dah petang-petang sikit tu baru kitaorang keluar beraya ke rumah sil di Taman Mulia.




tapi itu pun tak cukup quorum.  Azrul & Boy takde sebab beraya ke N9.  hehe… menantu mil mostly dari kalangan waghih-waghih nampaknya.  N9 mosted want yooo!!!  Huhu!!!


3 syawal baru kitaorang balik ke Rembau.  Itu pun sekejap je.  Dah alang-alang kitaorang kat N9, boleh gak beraya ke rumah kawan-kawan Seremban.  adalah 2-3 rumah yang kitaorang singgah sebelum balik ke rumah.  salah satunya rumah kawan sekolah aku, Liza, di Park Avenue, Seremban 2.


kata mr. hubby, tahun ni tak buat open house.  so sesapa nak datang beraya, datang je.  tapi bagitau in advance.  takut kitaorang takde kat rumah.  itu je kaedahnya.  simple.

9 syawal kawan-kawan sekolah dina datang beraya ke rumah.  aku masak yang simple ~ pasta goreng.  lepas tu beli satay dan sandwich.  dina bagitau datang pukul 3, tapi bebudak tu pukul 2 dah muncul.  alahai!  takpe lah, hari raya punya pasal.  hari yang sama, open house di rumah man & iza.  lepas maghrib baru kitaorang pergi.


10 syawal man & family datang beraya di rumah pulak.  aku hidang mee hoon goreng tomyam dan pasta Bolognese.  lepas tu order sandwich.  simple je kan?

bagi orang yang kenal aku, atau pembaca baru blog ni, aku ni bukan seorang yang pandai atau rajin memasak.  tapi bila ada tetamu nak datang ke rumah, aku akan sedaya-upaya pastikan bukan setakat hidang biskut raya je.

Photo credit to The Star

15 syawal cousin aku, si Jarir datang beraya.  tak pernah-pernah dia datang beraya.  bukan tak nak terima tetamu, cuma hairan je.  mr. hubby pun hairan jugak.  hehe...

cuma aku buat conclusion sendiri je.  aku rasa dia nak datang sebab tak dapat jumpa masa 1 syawal hari tu kot.  tapi dalam hairan-hairan kitaorang tu, Jarir sefamily dijamu dengan nasi biryani ayam & daging masak hitam.  bertambah-tambah anak dia makan.  mmm… dap!


16 syawal sambutan majlis hari raya aidil fitri SLC.  majlis tahun ni diadakan di Dewan Serbaguna Indah Mas Apartment, Cheras.  kehadiran tahun ni tak seramai seperti tahun lepas.  agak sederhana, tapi tetap meriah.


makanan pun banyak.  sangat, sangat banyak.  siap boleh tapaw lagi.  tapi aku tak tapaw sebab bekas potluck yang kitaorang bawak dah tak nampak bayang.  muahahaha!!!


acara yang wajib ada ialah karaoke.  memasing tak nak lepaskan peluang tunjuk bakat yang berkilau emas tu.  kalau tahun lepas kitaorang dapat cabutan bertuah, tahun ni tak dapat.  tak bertuah nampaknya.  hehe…


Photo credit to Luvelymummy

17 syawal open house rumah azrul & aida.  Azrul cakap “closed door open house”.  acaner tu?  kira open house gak tu.  hihihi!!!  cantik tau rumah luvelymummy.  rajin dia decorate rumah.  bolehlah aku cedok sikit idea menghias rumah dari dia.  ssyyy…!  jangan bagitau dia tau.  nanti dia kembang.  mihihihi!!!!


23 syawal open house rumah mil.  macam-macam yang mil masak.  nasi biryani, ayam masak merah, daging masak kurma, kari udang, sambal tumis ikan bilis, laksa & mee rebus.  ada roti jala jugak.  tapi aku tak sempat nak rasa semua.


selain dari tu, Yeen bawak macaroni goreng.  Leez bawak kuih-muih.  Chu bawak talam suji.  Dan ada a few lagi food yang aku dah tak ingat.  memang banyaklah.  penuh meja.  yang tak dapat nak hidang pun ada sebab meja dah takde ruang.  kena tunggu giliran.


24 syawal kitaorang dikejutkan dengan pemergian Pakcik Izan ke rahmatullah.  sangat-sangat terkejut sebab kitaorang baru je jumpa arwah masa open house kat rumah mil sehari sebelum tu.  unexpected.  Perancangan Allah itu lebih baik.  Al-Fatihah.


25 syawal arwah Pakcik dikebumikan di Raudatul Sakinah, Tanah Perkuburan Islam, Lebuhraya KL-Karak.  lima daripada enam anak arwah turut hadir.  semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, in shaa Allah.  Aamiin.


27 syawal ada jemputan open house di WCR dept.  terima kasih sudi jemput.  makanannya sedap-sedap.  desserts pun nampak sedap, tapi tak sempat nak jamah.  panjang naw orang beratur nak ambik ais-krim.


semoga bertemu lagi di syawal mendatang.  in shaa Allah...


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...