Wednesday, July 1, 2015

14 Ramadhan

assalamualaikum

hari ni 14 Ramadhan 1436.  maknanya, genap 2 minggu kita berpuasa.  selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.  semoga segala amal ibadah kita diberkati dan diterima, in shaa Allah.  aamiin.


di bulan puasa ni, kebanyakan cerita berkisar kepada amal ibadah, solat terawih, moreh, juadah serta majlis berbuka puasa.  tapi kalau nak bercerita pasal amal ibadah dan terawih, macam riak pulak kan.  so kita cerita pasal majlis buka puasa lah ya.


sabtu lepas, pihak SLC telah mengadakan majlis berbuka puasa.  majlis diadakan di Restoran De’ Terataq, Bandar Pinggiran Subang.  bunyi macam jauh je 'Subang' tu kan?  tapi kitaorang tetap menghadirkan diri.  kalau tak datang, kurang meriah pulak kang.  hehe…



anyway, restoran tu restoran baru.  kalau tak silap, baru je beroperasi bulan puasa ni.  and it's a western cuisine restaurant.  decoration kat restoran tu boleh tahan cantiknya.  environment pun nampak cozy.  bolehlah tengok gambar-gambar kat sini sebagai rujukan.



untuk majlis berbuka puasa SLC tu, it was held at the first floor of the restaurant.  first floor tu mungkin untuk private function kot.  aku tengok, decoration dia pun tak sama macam ground floor.  hehe..


dan walaupun western cuisine restaurant, kitaorang tak berbuka dengan western food.  we were served with white rice & lauk-pauk, mee/meehoon sup, kuih-muih serta potluck yang dibawa oleh beberapa ahli SLC.  alhamdulillah.



walaupun tak semua ahli SLC yang dapat hadir, majlis tu tetap berjalan dengan meriah walaupun sederhana.  sebelum balik, setiap famili yang datang dapat gift biskut raya dari Hana.  terima kasih Hana.  semoga dimurahkan lagi rezeki dari Allah.  aamiin.



kepada semua, sampai jumpa lagi di majlis yang lain.  in shaa Allah, majlis hari raya SLC akan menyusul tak lama lagi…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...