Friday, June 12, 2015

lawatan sambil bekerja (musim kelima) ~ part iii

a few taxis already lined up kat lobby Medini Mall masa kitaorang keluar dari Legoland.    tak perlu guna MyTeksi pun teksi dah berderet-deret.  alhamdulillah.


dari Medini Mall to Puteri Harbour, kita boleh lihat di kiri kanan jalan kerja-kerja pembinaan giat dijalankan.  ada yang buat hotel, pejabat, shopping complex, serviced apartment, etc, etc.  perjalanan mengambil masa kurang dari 15 minit.


sampai di Little Red Cube, tak nampak apa-apa yang menarik.  dari luar bangunan tu nampak suram.  tapi bila dah masuk ke tengah-tengahnya, baru suasana tu bertukar.  Little Red Cube is a shopping & family entertainment destination fronting the marina at Puteri Harbour.


when you are at the open-air space in the building, boleh nampak gambar-gambar Hello Kitty & friends ditampal.  ada jugak gambar character cartoon yang lain macam My Melody, Wishful Stars, Little Big Club, etc, etc.


aku beli tiket untuk masuk Sanrio Hello Kitty Town je.  yang lain tu tak minat.  tapi itu pun boleh tahan jugak harga dia.  emmm…  Hello Kitty Town occupies the first floor.  mostly yang datang bawak toddler perempuan.  little girls memang suka barangan comel-comel ni.


there’re a few sections in the Hello Kitty Town.  mula-mula sekali kat pintu masuk ada Mini Tea Cup Rides ~ sesuai benor untuk budak kecik yang tak boleh naik rollercoaster.  mak & bapak budak jangan teruja lebih.  nampak gambar kat bawah ni?  setengah punggung badan pun belum tentu muat.  hehe…



lepas tu ada Dream Photo Garden.  tempat ni dikhaskan untuk bergambar bila character Hello Kitty & Friends buat kemunculan.  kalau tak nak bergambar dengan diaorang pun boleh.  boleh je kalau nak selfie sampai lebam.


then ada Wishful Studio.  kat studio tu, kita boleh create our own Hello Kitty themed souvenirs.  and the best part is, souvenir tu boleh ambik terus.  among the activites are badge making, cookie decorating, costume dress up & jewellery making.


kitaorang buat cookie decoration masa masuk kat situ.  ada sample, so kita follow.  cer tengok gambar kat atas ni.  cantik tak Kak Ton buat?  terlebih jem lah pulok  ^_^  in the next studio, kitaorang buat costume jewellery pulak.  Dina punyalah berharap dapat gelang, tapi kitaorang dapat necklace.  hangin je dia.


kat depan Wishful Studio ialah rumah Hello Kitty.  tak ramai orang masuk rumah tu.  mungkin sebab orang tak tau kot.  rumah tu sentiasa bertutup, tapi ada orang jaga kat pintu masuk.




lepas tu pulak takde signboard.  mungkin ada, aku je yang tak nampak kot?  yang ada perkataan ‘RHB’ je.  RHB sponsor kot?  aku ingatkan ada ATM kat dalam tu.  hehe…



kat dalam rumah tu, segala barang tok nenek Hello Kitty semuanya ada   sofa, meja makan, wardrobe, katil, kitchen cabinet, bath tub, semuanya lah.  comel dan kiut-miut belaka.  kalau boleh, semua barang aku nak ambik gambar.  tapi bateri handphone aku dah semakin low…


next to it is Purrfect Stage.  kebetulan masa kitaorang keluar dari Wishful Studio, sedang ada Sing-A-Long mini show.  aku tak tau lah lagu apa, tapi aku tengok bebudak happy je tengok Hello Kitty tu menari-nari atas stage.


lepas tu ada café ~ Cinnamoroll Café.  aku beli air je kat situ.  towards the end of the town, there’s a dungeon.  It’s called Hello Kitty Black Wonder.  suasana kat tempat tu agak gelap dan spooky.  kat situ, kita disuruh mencari password dengan clue-clue yang dijumpai untuk menyelamatkan Hello Kitty yang diculik.


Dina punyalah happy sebab dapat cari password tu.  Ingatkan dapat food voucher kat café ke, tapi dapat certificate je.  dengan aku-aku sekali dapat certificate.  apa barang…?  kalau dapat baucer makanan tu ada gak pekdahnya  *_*  takpe lah, janji dia happy sudah.


anyway, visits to Sanrio Hello Kitty Town ended before 5.00 pm.  aku seboleh-bolehnya nak balik ke hotel sebelum tamat office hours.  so aku cuba dapatkan teksi menggunakan MyTeksi.  tapi disebabkan battery handphone kurang dari 20%, it automatically turned-off my mobile data.  aduyai…!  tak boleh guna Internet!


syukur teksi yang kitaorang naik masa nak datang Little Red Cube tu bagi business card.  so aku call dan taxi driver tu bagitau akan sampai dalam masa 30 minit.  alhamdulillah.  selesai masalah.  masa taxi driver tu bagi kad, aku takde niat pun nak call.  berlagak sebab ada MyTeksi Apps.  padan muka aku!


apa-apa pun, aku memang syukur sangat-sangat sebab aku tengok kat lobby Little Red Cube tu takde langsung teksi standby.  tak macam Medini Mall yang teksinya berderet-deret.  cantik sungguh perancangan Allah.  segalanya dipermudahkan.  alhamdulillah.


dalam perjalanan ke hotel, hujan lebat.  ada a few tempat yang jammed, tapi still bergerak.  sampai hotel lebih kurang pukul 6.10 petang.  kitaorang tengok kat atas meja ada makanan ~ pisang, tauhu & ubi goreng serta keropok lekor.  rupa-rupanya mr. hubby dah balik hotel dan keluar semula.  kitaorang yang kelaparan apa lagi, tak sempat bismillah.  hehe..


dinner malam tu we ordered food from the Grand GEM Restaurant.  restoran tu kat dalam hotel jugak, tapi bukan under hotel’s management.  it’s an Indian cuisine restaurant.  we ordered chicken pakoda, lamb biryani, roti naan & kari ayam.  yummy!  biryani dia sedap weh…!!!

**********

the next morning kitaorang dah nak balik KL.  lepas aku & Dina naik dari breakfast, kitaorang terus check-out.  sebelum tinggalkan bandaraya Johor Bahru, mr. hubby nak singgah sekejap di The Zone Duty Free untuk beli perfume.


dah alang-alang beli satu untuk diri sendiri, apa lah sangat kalau untuk anak dan isteri sorang satu.  hehe...  terima kasih mr. hubby.  moga bertambah murah rezeki.  aamiin.


since mr. hubby tak makan proper breakfast pagi tu, kitaorang singgah beli kuih-muih kat tempat mr. hubby tapaw hari sebelumnya dan meneruskan perjalanan.  after a few stops on the high-way, we reached home at about 7.00 p.m.  alhamdulillah.

can't wait for another lawatan sambil bekerja  ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...