hari Jumaat the next day tu, mr. hubby pergi kerja ke ofis di JB. aku & Dina breakfast berdua je kat coffee
house hotel ~ D’Mezzanine Coffee House.
lepas breakfast, bersiap untuk pengembaraan seterusnya. hehe… agak
poyo bunyi nya di situ.
10.00 pagi aku booked a taxi via MyTeksi. immediately terus dapat panggilan dari taxi
driver. upa-rupanya, taxi driver tu
memang sentiasa standby di Grand BlueWave.
syukur betul ada MyTeksi Apps ni. senang sangat-sangat.
perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. tapi disebabkan taxi driver tu peramah, tak
terasa pun. aku pun tak sempat nak
tengok pemandangan sebab driver tu banyak sangat bercerita. hehe…
akhirnya, we reached there
~ Legoland Malaysia. orang lain
dah lama dah sampai situ, aku baru lah terhegeh-hegeh nak pergi. ketinggalan keretapi aku ni. since aku tak beli entrance tiket lagi, kenalah
beratur. syukur tak berapa ramai yang
queue masa tu.
the reasons why I didn’t buy the ticket in advance because
tak sure jadi pergi atau tidak. hati
berbelah bagi samada nak pergi Legoland atau USS. lagi satu sebab cuaca. kan musim hujan sekarang ni. kalau Jumaat pagi tu hujan, memang aku tak
keluar dari hotel lah jawabnya.
tapi bila dah sampai kat main entrance tu, barulah rasa excited sikit. cuaca pun elok je, elok sangat sampai panas berdenting. tapi risau jugak kalau-kalau hujan masa kat dalam tu sebab cuaca tak menentu. sekejap panas,
sekejap mendung. tawakal je pada Allah…
aku beli tiket untuk masuk theme park je. takde plan nak masuk water park. so mula-mula sekali kitaorang lalu kat Lego
Technic. antara aktiviti yang ada kat sini termasuklah
rollercoaster Project X, Technic Twister, Aquazone Wave Racers serta Lego Academy bagi yang berminat membina Lego models.
area yang kedua, kitaorang jumpa Lego Kingdoms. kat situ ada royal castle yang besar beserta
stage, tapi time tu takde show. antara aktvitinya ialah high-speed
carousel Merlin's Challenge, 2 rollercoasters ~ Dragon's Apprentice & The Dragon, dan The Forestment's Hideout serta Royal Joust untuk kanak-kanak.
seterusnya kitaorang ke area Imagination. aktiviti yang ada kat situ termasuklah Duplo Express & Duplo Playtown untuk kanak-kanak. juga ada
Kids Tower dan Observation Tower. menaiki Observation Tower tu kita boleh lihat seluruh Legoland Resort dan kawasan
persekitarannya. dan di situ kita boleh menonton
4D show di Lego Studio. 4D show tu best,
sampai basah shawl kena sembur dengan air.
the next area is Land of Adventure. kat situ antara aktivitinya ialah Lost
Kingdom, Dino Island, Beetle Bounce dan Pharaoh’s Revenge. kitaorang cuma main Lost Kingdom je ~ a laser-blasting hunt. Dino Island tu menarik, tapi kitaorang tak
naik. kalau naik, sure lencun sebab
melibatkan air. and the last two
activities are for children.
di Miniland pulak terdapat miniature bangunan-bangunan yang
menjadi mercu tanda dari 17 negara di Asia. antaranya ialah Petronas Twin Towers, the Merlion Statue, the Taj Mahal serta Angkor Wat.
mostly game yang terdapat di Lego City adalah dikhaskan untuk
kanak-kanak. antaranya ialah Junior Driving School, Boating School, The Shipyard serta Lego City Airport. kat area ni, kitaorang cuma naik Legoland Express je ~ it's a life size Lego train.
our adventure ended at The Beginning. pelik tak?
patutnya kitaorang explore The Beginning mula-mula sekali, tapi dia jadi
yang last pulak. hehe… strategi sebenarnya tu. mesti korang boleh teka kenapa kan? so aku fikir tak payahlah aku cerita kat
sini *_*
selesai buat perkara-perkara yang patut dan wajib, kitaorang
singgah lunch dekat The Café. Masa tu
dah pukul 2.00 petang. perut lapar
jangan cerita, aku rasa aku boleh makan gajah kot masa tu. hehe…
nak-nak pulak food kat dalam café tu nampak menarik serta berbau sedap… ^_^
anyway, kitaorang order set menu chicken lasagna dan apple
crumble + free drinks. portion food agak
besar, so kitaorang share makanan. kalau
order sorang satu memang tak boleh habis.
psst! psst! lasagna tu memang sedaaappp wei!
No comments:
Post a Comment