Friday, May 1, 2015

buffet in The Living Room

semenjak dua menjak ni, aku jadi rajin pulak tengok-tengok offer kat Groupon.  bukannya apa, ada di antara offer tu yang memang berbaloi untuk dibeli.


baru-baru ni aku ada beli Groupon untuk buffet hi-tea.  dapatlah diskaun lebih 40% dari harga asal.  kalau ikut harga asal, memang mak tak mampu bawak family pergi makan kat situ nok..!


aku ni pantang nampak yang banyak diskaun.  mesti nak beli.  bila dah beli, baru perasan expiry date dia before end of April.  so kenalah pergi last Sunday sebab weekend yang lain dah ada prior arrangement.  kalo tak pergi, burnt macam tu je duit aku.  rugi weh..!


we reached The Living Room at about 12.15 p.m.  kelihatan dah ada orang yang mula menikmati hidangan buffet.  yang beratur untuk masuk ke coffee house pun ada jugak.  tapi kitaorang beratur tak lama.  tak sampai 2 minit terus dapat seat.


masa ronda-ronda survey food, nampak the food spread was quite good.  seperti hi-tea buffet di lain-lain hotel, ada salad, bread & soup sebagai appetizer.  untuk main course, ada pasta, Malay, Indian & Japanese food.


terdapat finger food seperti fried wantan, samosa, waffle, crepe dan rojak sebagai snack.  juga ada ais krim, ais kacang, kek, kuih-muih, cookies serta buah-buahan sebagai pencuci mulut.  chocolate fountain berserta marshmallow jugak disediakan untuk kanak-kanak.


mungkin ada few more food kat hi-tea buffet tu yang aku terlupa nak mention kat sini.  especially nya food yang aku tak makan.  hehe…  pizza kat bawah ni takde dihidangkan.  chef bawak datang dari meja ke meja  (^_^)


pada pendapat aku, food kat situ sedap-sedap.  dessertsnya cantik-cantik dan disusun dengan cantik sekali.  tapi banyak mana sangatlah yang kita larat nak makan, ya tak?  bila dah ulang-alik beberapa round, perut pun dah mula senak.


coffee house tu pun cozy.  taklah sesak.  tempat duduk pun selesa sebab meja tak disusun rapat-rapat semata-mata nak meramaikan pelanggan.


crowd yang datang hari tu pun agak berhemah.  takdelah jenis yang ambik makanan banyak-banyak sampai orang lain tak dapat.  ataupun ambik makanan penuh sepinggan tapi tak habis.  aku kurang gemar tengok orang yang macam ni  :(


dalam keadaan yang agak kenyang tu, we made our way out dan singgah sekejap di Sephora dan seterusnya di Pavilion.  sekejap je pun kat Pavilion sebab 3 pasang mata dah mulai layu…

tak semena-mena, mata aku pun dah mula layu dah sekarang ni… *_*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...