Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 25, 2015

film.face.food

being a member of a club tentu ada privilege kan.  that's the reason people join in.  aku ni takdelah join kelab yang gah pun.  setakat member untuk supermarket macam Tesco atau Aeon Big tu adalah.  hahaha!!!


satu lagi yang join ialah TGV MovieClub.  and one of the perks are two free tickets & a regular popcorn in your birthday month.  jadi lah kan daripada takde...


last Sunday, dina nak tengok Fast & Furious 7.  aku kurang minat cerita-cerita ganas ni.  so aku bagi tiket yang aku dapat tu ke dina & mr. hubby.  sementara diaorang tengok movie, boleh lah aku buat facial  (^_^)


tapi dina tak dapat tengok sebab filem tu only for 18 years old and above.  ada parent ikut sekali pun staff kat counter tu tak bagi.  frust betul dia.  sudahnya dia & mr. hubby tengok cerita animasi Home.


lepas facial, ingatkan nak cuci-cuci mata, tapi tak sempat.  anak & bapa tu pun dah habis tengok movie jugak.  bila jumpa balik, terus plan nak pergi makan walaupun masa tu belum lapar lagi.  so kitaorang pun masuk ke salah satu restoran yang belum pernah cuba lagi iaitu Chinoz On The Park.


bila dapat menu, memasing macam stone.  baca menu punyalah tekun.  macam budak universiti nak ambik periksa.  tapi tak tau nak order apa.  masalah utamanya sebab belum lapar, so ingatkan nak order yang ringan-ringan je.  tapi dalam menu tu mostly food dia berat.  acaner tu...


anyway, dina order Parpadelle Meatballs Pasta.  aku order soft shell crab and chicken & mushroom pie.  mr. hubby order desserts je ~ pavlova.  itu je kitaorang order.  tapi kenyang jugak.


to conclude, food presentation dia memang cantik.  but taste wise, biasa-biasa je.  kalau korang tanya nak repeat ke tidak, mungkin tak kot.  kitaorang prefer Ben's lagi  *_*

so itu je lah kisah Ahad lepas.  terima kasih ya sebab sudi singgah.

hidup untuk makan, atau makan untuk hidup?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...