korang pergi mana cuti weekend yang panjang minggu
lepas? mesti banyak aktiviti kan? bagi kitaorang, cuti Hari Buruh pada Jumaat
tu dapat dua jemputan kahwin/nikah. alhamdulillah.
esoknya, kitaorang ke Bukit Merah pulak. kitaorang ke sana sebenarnya untuk untuk Hari
Keluarga SLC Yang Ke-2. Diam tak diam,
dah setahun dah family day tahun lepas.
kalau tahun lepas diadakan di Melaka supaya ahli yang
tinggal di selatan dapat datang, kali ni dibuat di Perak supaya ahli di utara
dapat join pulak.
bergerak dari rumah lebih kurang pukul 8.30 pagi, kitaorang
berhenti sekejap untuk meluruskan segala sendi-sendi di R&R Bukit
Gantang. sambil tu, beli sikit buah-buahan. kalau tak membeli, memang tak sah kan?
sampai di toll plaza Simpang Ampat, Semanggol pukul 12.30
tengahari. sedang elok je timing untuk
makan tengahari. pandai mr.
hubby budget time. hehe… oh, by the way, mil, bil & qil join sekali family day tahun ni.
lepas lunch, shoot ke Bukit Merah Laketown Resort sebab 2.30
petang ada briefing. sebelum briefing, kitaorang sempat buat fish spa lagi. cuma sebelum tu, mil cakap, “tadi dengar macam nak buat fish ball”. bahahaha!!!
masa briefing tu, aku noticed ramai yang tak join. Mr. President pun last minute tak dapat
datang di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
tu lah kan, kita hanya mampu merancang je. aku rasa, yang datang cuma separuh dari tahun
lepas. kurang meriah rasanya, walaupun
ada a few ahli baru yang join family day kali ni.
anyway, acara tetap diteruskan. lepas checked-in, ada acara sukaneka. disebabkan hujan, buat indoor game je. since mr. hubby dan bil sibuk beriadah,
hujan-hujan macam tu perut pulak berkeriok-keriok. nak-nak lagi lunch sebelum tu rasa macam kurang
kenyang je. hehe…
so 4 wanita dari pelbagai kategori umur ni pun dengan senang
hati ke Le Lac Café. nampak semua dalam
menu macam sedap je. so memasing order
ikut kegemaran sendiri. tapi tak lupa
jugak tapau untuk mr. hubby dan bil.
lepas isyak, everyone was going to the club house for
dinner. club house tu di luar kawasan
resort. so kena naik kereta. perjalanan tak sampai lima minit pun. dinner was served in buffet style. lepas makan, ada acara gift exchange and a
few games.
sambil bertukar-tukar hadiah tu, mr. hubby ordered ABC. biasa yang kita tau ada ABC biasa dan ABC
special (tambah ais krim kat atas), tapi kat club house tu ada 5 jenis
ABC ~ ABC bukit, gunung, talam kanser, talam
bukit & talam gunung.
mr. hubby telah mengorder yang paling besar iaitu ABC talam gunung. cer tengok gambar kat atas ni. ais kepal di tengah-tengah. condimentsnya diletak di sekeliling ais
kepal tu. boleh makan untuk satu
meja. siap boleh ajak orang dari meja
lain makan sekali tu. itu pun still tak
boleh habis.
lepas dinner takde aktiviti lagi. takde sesi karaoke macam tahun lepas. so masing balik semula ke resort untuk berehat. mungkin ada yang kepenatan selepas beriadah
petang tu. atau nak berkemas sebab nak
balik keesokannya.
dengar-dengarnya, ada yang pergi memancing. nampak… kalau nak, seribu daya kan. kalau
tak nak tu, macam-macam alasan. yang pasti,
aku nak berehat dan tidur. bukan sebab
penat, mungkin sebab kekenyangan. hehe…
Day 2
the next morning, buffet breakfast was served at the Le Lac
Café. not so much variety, but
sufficient for our tummy (^_^) lepas makan, bersiar-siar sekitar kawasan
resort. bila mr. hubby berborak dengan
sahabat lama, kitaorang pun ambik kesempatan buat aktiviti riadah.
atas jasa baik Setiausaha, aku & dina dapat naik paddle
boat di tasik. lepas tu, sekali dengan
bil & qil, dapat naik Skycycle di EcoPark pulak. terima kasih banyak-banyak ya Setiausaha! ^_^
kemudian balik ke bilik dan bersiap-siap untuk check-out. keluar dari Bukit Merah Laketown Resort lebih
kurang pukul 1.00 tengahari. singgah
sekejap di Plaza Tol Ipoh sebelum menyusur keluar ke bandar Ipoh.
sebenarnya, kitaorang nak ke Kedai Kopi Yong Suan sebab Dina nak makan
nasi ganja. sampai restoran tu sebelum
pukul 3. macam biasa, punya lah crowded. yang dah dapat tempat duduk pun
still nak tarik-tarik kerusi dari meja sebelah. tak cukup agaknya.
walaupun tak dapat tempat duduk, mr. hubby order 3 nasi
biasa. harap-harap dapatlah tempat duduk
lepas order. “Nasi habis”, kata salah
seorang waiter. frust betul
kitaorang. Dina apatah lagi. tak tunggu lama, terus blah.
masa nak balik ke kereta, lalu satu restoran ni ~ Restoran
M. Salim. Nampak food & bau dia
lebih kurang macam nasi ganja je, terus kitaorang singgah. kitaorang order yang sama macam nasi ganja
jugak. yang beza, takde sambal
kelapa. itu je.
taste wise, sedap jugak. sama macam nasi ganja tu. satu yang kitaorang noticed, restoran tu agak bersih compared to the
former one. lagi pun, dia ada menu goreng-goreng kalau terasa tak nak makan nasi ganja. alhamdulillah. ada hikmahnya
makan kat situ.
dari situ, terus shoot ke KL. singgah cuci muka, luruskan badan, qada’ hajat &
beli jajan di R&R Ladang Bikam. beli
jugak… sampai di rumah lebih kurang pukul
7.00 malam. eemm… timing macam balik hari kerja pulak.
in my opinion, family day tahun ni tak berapa boom walaupun ada ahli-ahli baru yang tak kurang havocnya…
No comments:
Post a Comment