this story is a bit overdue...
hari isnin sehari selepas birthday aku tu, aku dan mr. hubby cuti. saja je nak manjakan diri sebab birthday. over kan? hehe… tapi memang best cuti bila orang lain pergi kerja kan? nak-nak lagi hari isnin. perghhh!!! syok wei!
hari isnin sehari selepas birthday aku tu, aku dan mr. hubby cuti. saja je nak manjakan diri sebab birthday. over kan? hehe… tapi memang best cuti bila orang lain pergi kerja kan? nak-nak lagi hari isnin. perghhh!!! syok wei!
tapi tak
berehat pun sebenarnya. pagi tu aku ikut
mr. hubby buat rawatan akupuntur. ni
kira second time aku ikut dia. masa
first time tu cuak jugaklah. ya lah kan,
nak kena karen. kali kedua dah kurang
sikit nervous.
dari
hospital, kitaorang ke Jalan Kia Peng. time cuti-cuti pun nak pergi ke area office. apa kes ni? sebenarnya aku ada buat appointment untuk body massage kat The Zen Spa,
Novotel. kebetulan pulak cuti, ada baiknya aku pergi daripada melepak kat rumah.
kalau nak
compare, mr. hubby lebih kerap pergi massage daripada aku. dia selalu pergi buat massage untuk kaki atau
satu badan. kalau ada game bola, lagi
kerap dia pergi massage. aku tengok mood
lah. kalau rajin, aku ikut dia. tapi selalunya kurang rajin. hehe…
anyway,
since kitaorang berdua, we were assigned to a couple’s room. mula-mula tu, wanita tanah seberang tu urut
aku lemah-lembut je. lemah gemalai
katakaw. tapi lama-kelamaan, makin kuat pulak. main kasar makcik ni, aku cakap dalam hati. masa tu, aku rasa dia buat badan aku macam doh roti kot ~ kena uli. macam
rancangan Uli-Uli Aidilfitri tu. hehe…
pada aku sendiri, ada certain body parts yang aku rasa sakit. walaupun sakit, badan yang sebelum ni
rasa lenguh, dah rasa lega dan segar.
mungkin aku yang tak tahan kot sebab aku jarang sangat pergi
berurut. aku tengok mr. hubby relax
je. siap boleh zzz lagi. dalam bilik spa tu aku takde ambik gambar sebab handbag dah kena simpan kat locker. so ini je lah gambar yang aku dapat share.
the massage ended
1 ½ hour later . kitaorang tak sempat
lunch sebelum berurut. so kitaorang
cepat-cepat keluar dari kawasan segi tiga emas sebelum tamat office hour dan terus
cari port nak makan. mr. hubby suggested
pergi Dataran Jelatek ~ dekat sikit dengan rumah. mak ni ko jangan tanya nyah, mak ok jer…! *_*
tiap kali
lalu Dataran Jelatek, mesti akan ternampak satu restoran ni. besar tulisan kat sign boardnya. mr. hubby ajak cuba Pampas
Burger. kitaorang sampai situ lebih
kurang pukul 4.00 petang. dah memang
lepas time lunch lah kan. restoran pun
lengang. cuma satu meja je yang ada
pengunjung.
menu dia tak
extensive sangat, so senang nak pilih. takde lah rambang mata. dah
signature dishnya burger, jom kita makan burger. aku order Blue Cheese & Bacon Burger
serta Cheesy Fries. Mr. hubby order
Grilled Chicken Sausage serta Sweet Potato Fries.
burger yang
ada kat restoran tu bukan setakat burger daging dan ayam je. ada lamb, turkey, salmon serta crab
burger. selain burger, ada jugak soup,
salad, pasta and a few side dishes in the menu. taste wise, oklah. boleh jamah dan sure kenyang.
balik rumah
petang tu macam balik waktu hari bekerja jugak. cuma awal sikit je dari biasa. apa-apa pun, it was a
fun and beautiful day because I spent it with my most favourite person on the
planet.
note: Abang, thank
you for being there whenever I need you. mahal na mahal kita…
No comments:
Post a Comment