Sunday, March 1, 2015

episod food channel yang tertangguh

post untuk kali ni, kita bersiaran dari dapur mama vi ya.  dah lama tak ke udara kan?  nak ke udara amende nya, asyik makan kat luar je.  mihihihi!!!


sebenarnya ni cerita hari ahad lepas.  tetiba je macam rasa nak memasak.  ya ke rasa nak memasak?  bukan sebab takde ration ke?  huhuhu!  kena sebijik!  *_*


aku paling kurang minat nak masak nasik beserta lauk-pauk ni.  sebenarnya bab memasak ni fail!  hehe!!!  selalunya aku masak food yang simple dan ringkas, tapi mengenyangkan.


kalau korang notice, aku kalau memasak, pasta wajib ada.  so menu ahad lepas ada spaghetti seafood aglio olio, roti berinti daging ala lagsana, mushroom soup serta french toast untuk minum petang.  mesti ada di antara korang yang boleh masak sume ni tutup mata je kan?


aku rasa tak perlu nak sertakan resipi kat sini.  korang boleh je dapatkan dari encik google.  berlambak-lambak ada.  mostly resipi nya main campak-campak je.  pastu dah boleh makan.


french toast tu memang favourite aku.  kat kafeteria kat ofis ada jual ~ sekeping seringgit.  buat sendiri boleh makan berkeping-keping.  sebuku roti pun boleh  ^_^

ok, itu je lah nak cerita.  terima kasih ya sebab sudi singgah.

hari ni aku tumpang masak kat Domino's Pizza.  mihihihi!!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...