Friday, March 27, 2015

jubah & kopi

sabtu lepas kami ke The Strand, Kota Damansara.  nak jenguk-jenguk Imaan Boutique sebab ada sale.  kitaorang keluar awal pagi tu, sebelum butik bukak.  ingatkan nak jadi yang pertama sampai, rupanya ada lagi yang lebih awal dari kitaorang.  hehe…  kalah kitaorang.


since dah keluar awal, pagi tu tak sempat breakfast.  lepas rembat sehelai-dua jubah, perut dah start rasa pedih.  so kitaorang pun cari mana-mana restoran ataupun café yang sesuai untuk breakfast.


dalam masa berpusing-pusing kat The Strand tu, ternampak jugak a few cafes dan restoran.  tapi mata kitaorang tertumpu kat satu café ni.  nama restoran tu The Brew Houze.  café tu simple je, takde decoration yang gah ataupun over-the-top.


cer tengok gambar restoran ni.  pesen dia lebih kurang macam cafe Burps & Giggles kat Ipoh tu.  tapi deco kat B&G lagi mainstream.  hehe..  anyway, kitaorang order Red Mocha, Golden Coffee, espresso, grilled chicken sandwich and turkey sandwich.


food wise, ok ~ boleh jamah.  portion pun ok.  cuma servicenya agak slooowww sedikit.  nak dekat setengah jam jugaklah tunggu food sampai.  dahlah perut lapar.  mujur mr. hubby tak jerit kat pekerja tu.


tapi aku rasa yang membuatkan lambat tu sebab tak cukup manpower kot.  kat dalam café cuma ada seorang staff ~ ambik order, buat drinks, deliver order & cashier.  dan seorang lagi kat kitchen.  mungkin nak jimat overhead, tu yang semua kena buat sendiri.  agaknya lah.  pandai-pandai je aku buat assumption.  hehe...  *_*


in the future, kalau aku ke area situ lagi, mungkin fikir banyak kali samada nak masuk café tu lagi ke tidak.  tapi kalau korang nak rasa food dia, aku memang recommend.  lepas bershopping kat The Strand tu, bolehlah membasahkan tekak di situ.  info dan alamat cafe boleh tanya pakcik google ya ^_^ 

ok, itu je lah nak citer.  terima kasih sebab sudi singgah

ada ternampak Dreamz Bakery masa kat sana.  ada sesapa pernah cuba makan kat situ tak?  (^_^)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...