Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 19, 2015

2nd Aspuri Reunion

pada 8 Februari yang lepas, satu lagi reunion Aspuri telah diadakan.  kali ni dengan lebih ramai attendees dan di tempat yang lebih senang access untuk most of us, iaitu kat Seremban.

aku pada mulanya 50-50 je nak pergi.  masalah utama takde benda lain lah, dah tentu nya masalah transport.  kalau mr. hubby boleh hantar, sampailah aku.  kalau tak, tengok gambar dalam group whatsapp je lah nampaknya.

bila dah tinggal seminggu lagi sebelum event, mr. hubby macam ok je nak hantar.  tapi paling best bila Zila ajak aku tumpang pergi dengan dia sekali.  alhamdulillah.


so almost 12,00 noon kitaorang bergerak ke Seremban.  there were 4 of us in the car ~ Zila, Roziah, Inok dan aku.  punyalah meriah kat dalam kereta.  tak habis-habis bercerita.  sampai sakit tekak ketawa.  itu baru 4 orang!  ^_^



we headed to Liza's house in Seremban 2.  kata tuan rumah, majlis bermula pukul 1.00 petang.  tapi ada jugak yang datang awal, menolong tuan rumah apa-apa yang patut.


selain food yang disediakan oleh tuan rumah, ada jugak di antara kami yang bawak potluck.  ikut kesenangan masing-masing lah.  no obligation.  bila dah macam tu, memang banyaklah makanan.  penuh satu meja!


Liza sediakan makan tengahari ~ nasi beserta lauk-pauk i.e. ayam goreng, gulai udang, sayur campur. sambal belacan, ikan masin dan ulam-ulaman.


antara yang bawak potluck ada cheese tart, KFC, limau mandarin, fruit tart, kuih cara berlauk, kek, kuih karipap dan lain-lain lagi.


the best part is, ada yang bawak seafood untuk dibakar kat situ.  siapa lagi kalau bukan tauke ikan bakar Jalan Bellamy, Zila.  kata Zila, dia kena buli.  selalunya kat gerai ada pekerja buat.  tapi kat reunion tu, dia yang kena buat, dibantu oleh maid Liza.  Hehe… jangan serik ya Zila, demi kawan-kawan lamo tersayang.  ahaks!!!

tauke ikan bakar Jalan Bellamy

agenda pada hari itu ialah makan, makan dan makan.  hahaha!!!  tak senonoh kan?  selain makan, ada acara memotong kek, sesi karaoke dan exchanging of gifts.


selingan cuma ada ada catching up, borak-borak dan berwefie.  wefie sampai lebam!  gossip takde kot.  kalau ada pun, aku tak terlibat hokey?  huhu!!!


berwefie to wajib.  punyalah banyak bergambar sampaikan ada yang terkena sawan.  bukan sawan apa, sawan wefie.  hehe... jangan mara ya kengkawan.  i lap you.




acara potong kek tu macam simbol meraikan pertemuan semula batch kitaorang setelah 25 tahun.  tapi tulisan kat atas kek tu yang tak boleh blah.  nampak tak?  aduyai..., baru nak menyamar umur.  hehe...  *_*



anyway, semoga di masa-masa akan datang, akan ada banyak lagi gathering yang macam ni, in shaa Allah.  dan semoga ukhwah yang sedia terjalin ini bertambah erat, aamiin.


sambil makan, sambil dengar lagu.  sesi karaoke memang bingit.  havoc lah jugak.  tapi acara tu dimonopoli oleh 2 orang je, iaitu Liza dan Zila.


di samping Rozi dan Ina D pun ada nyanyi jugak, sebagai penyanyi latar.  hehe...  yang lain-lain tu bukan tak nak, tapi malu kot.  malu tapi mahu.  huhu...  (^_^)


bukan setakat makan je, iklan berbayar pun ada jugak.  ini pun sebagai memenuhi permintaan pelanggan.  hehe...  businesswoman belako diaorang nih.  Inok dan Shila jual tudung.  Ina D jual karipap frozen.  Zila tauke ikan bakar pulak jual pes ikan bakar.  aku doakan semoga kengkawan terus sukses, in shaa Allah.


tapi yang paling best acara exchanging of gifts.  ada yang bawak seketul je ~ macam aku.  ada yang bawak untuk semua orang ~ semoga dimurahkan lagi rezeki oleh Allah.  dan ada jugak yang tak bawak ~ tak kisah lah tu, saja suka-suka.



nampak tak gelagat masing-masing?  seronok sangat dapat hadiah.  dah macam budak-budak dapat ais-krim je gayanya kan?  lepas tu pantang disuruh bergambar, posing kalah Kate Moss!  hehe...  (^_^)



tapi masa exchanging of gifts tu memang betul-betul meriah lah.  terasa macam kembali ke zaman muda belia dolu-dolu, padahal dah remaja purba dah ni ha.


kat bawah ni adalah hadiah yang aku dapat masa reunion hari tu.  terima kasih banyak-banyak ya, kengkawan.  semoga dimurahkan lagi rezeki oleh Allah, in shaa Allah.  aamiin.


majlis habis lebih kurang pukul 5.00 petang.  tapi bukanlah betul-betul habis.  cuma makanan kat atas meja tu yang banyak dah habis.


tak semena-mena, acara yang takde dalam agenda, iaitu acara tapau-menapau ada pulak.  ahkak tak terlibat ok?  sumpah...!  huhu....


seorang demi seorang beransur pulang.  yang pasti, semua pulang dengan kenangan manis.  walaupun ada yang tak dapat join atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, semoga next reunion akan dapat full attendance.


in shaa Allah, akan ada reunion lagi next month sempena Ateh balik ke Semenanjung!  (^_^)


2 comments:

  1. meriahnya reunion... dah tak terkata lagi... bab makan2 adalah wajib... kalau tak baik takyah jumpa... panas kuali adalah adat negara yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas... makan beb.... sapa yg tanak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib Ariyan,
      terima kasih sudi singgah.
      reunion tu memang sangat meriah. tambahan pulak ada yang baru berjumpa selepas tamat sekolah 25 tahun yang lalu. epik! ^_^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...