Saturday, February 7, 2015

cuti Hari Wilayah di Perak ~ part ii

pagi tu kitaorang breakfast kat hotel.  tapi bukanlah makan buffet di coffee house.  sebaliknya makan nasi lemak dan karipap yang mr. hubby tapau dari Pusat Penjaja Larut-Matang.  pusat penjaja tu dekat, tak sampai 10 minit.  jalan kaki je mr. hubby pergi.


dah siap bersiram dan mencantikkan diri memasing, kitaorang check-out untuk ke destinasi yang seterusnya.  hehe…  bunyi macam jauh je kan?  nak ke Ipoh je sebenarnya.  huhu!!!


since bilik sebelah dah checked-out dulu, sementara tunggu turn kitaorang, Boy & Qila sempat lari kejap beli popiah.  popiah ni memang popular kat Taiping tau.  setiap kali balik Taiping, mesti ada yang beli dan aku pun dapatlah merasa.  hehehe...


kitaorang tak konvoi ke Ipoh, tapi dah janji nak jumpa di Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom.  mr. hubby ialah seorang instrumental driver.  so bila sampai Ipoh, terus cari parking dan book tempat kat restoran, with the assumption the other car had arrived.


nama je restoran cina, tapi makanan dijual oleh India Muslim.  Kat situlah ada terjualnya Nasi Kandar Ayam Merah.  Atau lebih dikenali dengan nama 'Nasi Ganja'.  kitaorang dah pernah makan kat situ masa balik raya tahun lepas.  tapi disebabkan asyik terkenang-kenang, tu yang datang balik tu.


jam baru 11.30 pagi, tapi queue dah panjang.  mr. hubby WA bil, tapi diaorang tak sampai lagi.  so kitaorang pun tunggu the other car dalam pada menunggu meja kosong.  finally, bila dapat meja, memang ngam untuk 6 orang.  tapi tak boleh nak book sebab restoran tu memang sentiasa penuh dengan patrons.


waiter pun tak sabar-sabar nak ambik order.  kitaorang order yang ‘biasa’ je i.e. nasi, ayam merah, telur masin & kuah.  bila makanan sampai, kitaorang makan pelan-pelan so that the other car boleh duduk tempat kitaorang ni.  dah hampir selesai makan, tapi bil masih belum sampai.  “lagi setengah jam”, katanya.  mr. hubby order pulak roti bakar, just to kill the time.


orang makin ramai sebab masa tu dah lunch time.  Boy masih belum sampai.  last sekali, kitaorang terpaksa jugak blah sebab waiter dah mintak order chit untuk bayaran.  bila dah bayar, mana boleh nak stay kat situ lagi kan?  sendiri mau ingatlah…!


dari Jalan Yang Kalsom, kitaorang terus ke hotel untuk check-in.  sekali lagi, kitaorang pilih Shamrock Guest House untuk penginapan kali ni.  ini semua gara-gara hotel yang comel tu telah buat kitaorang rasa selesa untuk stay kat situ.  mil pun cakap hotel tu comel.  Hihihi!!!


takde perubahan dengan hotel tu dari time kitaorang stay dulu.  cuma restoran kat bawah hotel yang sedang dalam pembinaan dulu tu telah siap sepenuhnya.  ada dua restoran kat bawah hotel.


yang pertama ialah restoran Morsel Eatery.  yang ni dah terang-terang tulis tak halal sebab dalam menu dia ada ‘Oink Oink Fried Rice’.  huhu.!!!  yang kedua pulak restoran Suntei Bento.  yang ni restoran makanan Jepun and it is pork-free.

lebih kurang 4.30 petang, kitaorang keluar nak pergi rumah Wah.  tapi sebelum tu, singgah jap kat Qala Qisya Ipoh yang terletak di Station 18.  bukanlah shopping sangat pun.  tapi dah alang-alang sampai situ, aku & Qila rembat jugaklah 1-2 helai shawl.


dari situ, kami ke rumah Wah di Seri Ampang.  kami sampai lebih kurang pukul 6.00 petang.  kalau dah jumpa Wah, memang masa tu rasa sekejap sangat.  Wah ni peramah, banyak mende dia nak share.  hehe..  (^_^)


dah habis berbual sampai dah takde topik, kitaorang pun beredar nak balik ke hotel.  tapi masa kat rumah Wah sebelum tu aku dan mil belum dinner lagi.  perut pun tetiba je rasa lapar.  so kitaorang pun dinner kat Restoran Haji Shahrin Low Grand.  restoran tu selang satu blok je dari hotel, tapi kitaorang still naik kereta.  hihihi!!!


bila lapar, semua dalam menu nampak menarik kan?  order, punya order, punya order, tak sedar ter'order' banyak food.  puas jugaklah kitaorang nak menghabiskan semua makanan tu.  ada jugak makanan yang aku tak sempat sentuh.  ermm...  nampak tak pembaziran di situ?  astaghfirullah'alazim....


the next day, kitaorang breakfast kat dalam bilik je.  kebetulan mr. hubby nak cari ubat, dia tapau sekali breakfast untuk kitaorang.  pukul 12.00 tengahari kitaorang check-out dan membawa haluan masing-masing.


itu je lah cerita dari trip pendek kitaorang kali ni.  walaupun dekat, it is priceless when you spend it with your loved ones.  betul tak?  anyway, terima kasih sebab sudi singgah.  wassalam.


Dina bagitau dia teringin nak makan nasi ganja lagi.  apakah???


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...