Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 25, 2015

mini reunion

sebenarnya, Liza nak jumpa Pogee.  aku yang kebetulan sedang online di whatsapp masa tu, terus je kata nak join.  Pogee terus ajak Yati.  Norlin yang tahu kemudian pun nak join.  so jadi lah reunion hari jumaat lepas.  mini pun, mini lah.

from left:  Norlin, Yati, Liza & Pogee

meeting point kitaorang ialah Secret Recipe.  again???  tapi kali ni kat Central Market.  reason makan kat situ sebab lepas lunch, Pogee nak sampai cepat kat office.  tu pasal pilih venue kat situ.  tak kisahlah, yang penting dapat jumpa member-member lama.

Yati & me

menurut sejarah, kitaorang berlima ni pernah sekelas.  tapi bukan pada masa yang sama.  aku sama kelas dengan Norlin masa tingkatan 1 - 3.  sekelas dengan Liza dan Yati masa tingkat 4 -5.  cuma dengan Pogee je yang aku sekelas dari tingkatan 1 - 5.

from left:  Norlin, Liza & Pogee

macam-macam cerita yang keluar.  daripada cerita-cerita terkini hingga ke cerita zaman purba.  dengan Norlin, aku tak pernah jumpa sejak habis sekolah.  yang tiga lagi tu ada jugak contact once in a blue moon.  tapi memang best lah.

now Liza sedang plan nak buat reunion kat rumah dia kat Seremban pulak.  kalau takde aral, insya'Allah, next month.  kali ni dengan skala yang lebih besar.  err... i mean, lebih ramai.  mudah-mudahan dipermudahkan Allah.  aamiin.

semoga persahabatan ini berkekalan.  aamiin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...