Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 23, 2014

3 malam di Kosenda ~ part iii

hari ketiga di Jakarta aku tak arrange apa-apa tour, aktiviti bebas.  so pagi tu takde lah rushing.  breakfast pun aman je.  memang sengaja aku arrange percutian macam tu.  cuma ada beberapa tempat yang aku dah survey yang aku nak pergi hari tu.


lepas breakfast, kitaorang ke pasar Tanah Abang.  kitaorang jalan kaki je sebab jaraknya lebih kurang 10-15 minit dari hotel.  nama je pasar, tapi bukanlah macam pasar ikan tu.  kat area pasar tu, ada banyak bangunan yang botingkek-tingkek.

Photo credit to Tribun Jakarta

kitaorang pun tak pasti bangunan mana satu yang patut kitaorang masuk.  main redah je.  mula-mula masuk bangunan Metro Tanah Abang.  bila tanya price, penjual tu kata, kena beli minimum 5 item untuk dapat harga sekian-sekian.  ishh, ni untuk belian wholesale ni.  kitaorang pun keluar.

Photo credit to 

kitaorang pun keluar.  nampak kat seberang jalan ada Pasar Tanah Abang Blok A.  masuk ke situ pulak.  bila tanya kat first peniaga yang kitaorang singgah, boleh ke kalau nak beli satu item je, dia kata boleh.  ha… betullah.  bangunan ni lah yang kitaorang patut masuk.  hehe…


nak kata shopping, tak jugak.  beli sikit-sikit je.  barang-barang kat situ pun ada jugak kat KL.  tapi bila dah datang jauh-jauh, takkan tak beli pulak kan?  nak datang lagi tak tau lah bila.

can you see what's written on the road?
'I Love You My President, A New Hope'

selesai urusan, balik ke hotel, bersolat dan berehat sekejap.  lepas tu keluar ke Grand Indonesia Shopping Town pulak.  juga berjalan kaki, cuma kali ni agak jauh sikit.  jauh sikit je, lebih kurang 20 minit berjalan.



Grand Indonesia Shopping Town terletak di antara Jalan MH Thamrin dan Jalan Kebon Kacang. ia berhampiran dengan Monumen Selamat Datang. monumen ini berupa patung sepasang manusia yang sedang menggenggam bunga dan melambaikan tangan.


patung tersebut menghadap ke utara yang bererti mereka menyambut orang-orang yang datang dari arah Monas. Monument Selamat Datang ini terletak di tengah-tengah roundabout Hotel Indonesia (Indonesia: Bundaran HI). the roundabout features a round pond with fountains. the paved plaza surrounds the pond has become a popular spot for civic demonstrations.


Grand Indonesia Shopping Town ni merangkumi shopping mall, bangunan pejabat, hotel dan private residences.  memang agak besar, sizenya kecik sikit dari Berjaya Times Square.  aku tak sure about the tenants in the shopping mall.  tapi sekali pandang, tenants kat situ lebih kurang macam tenants kat KLCC.  nampak ada brands yang aku tak kenal.


kat Grand Indonesia  tu, kami singgah makan desserts di Magnum Cafe.  itu pun atas recommendation dari Qila.  kat KL ni ada Magnum Cafe, tapi baru je bukak last month.


yang kat Jakarta ni dah bukak since 2011.  lagi pun, kita import ais krim Magnum dari sana kan?  so kira dapat makan yang original lah.  hehe...


exterior deco cafe tu nampak menarik kan?  macam exterior panggung wayang.  tapi bila masuk dalam cafe tu, hiasan dia biasa-biasa je.


selesai di Magnum Cafe, kitaorang ke Plaza Indonesia.  Plaza Indonesia ni is the country's first-class shopping and lifestyle destination.  in other words, it's a playground for the creme de la creme.  kitaorang tak beli apa-apa pun kat dua-dua shopping mall ni.  telan air liur je.  gulp!


sebelum balik ke hotel, kitaorang singgah di Sarinah again.  ingatkan nak dinner kat situ.  but since we already had dinner there 2 nights in a row, tempat tu jadi tak menarik pulak.  balik semula ke hotel untuk solat dan berehat.


we ended up having dinner at the hotel's coffee house, Waha Kitchen, instead.  memang sebelum sampai Jakarta lagi dah ada plan nak makan kat hotel on our last night there.  tapi mr. hubby kurang setuju.  akhirnya, ke situ jugak.  hehe...

kulit tembikai pun boleh jadi hiasan.  nampak...!  ^_^

malam tu balik ke bilik terus berkemas.  esok dah nak balik.  takdelah banyak barang pun yang kitaorang beli.  datang dua beg.  balik tiga beg.  acaner tu?

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...