Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 25, 2014

3 malam di Kosenda ~ finale

breakfast di hari keempat tu adalah meal kami yang terakhir di Kosenda Hotel.  makan puas-puas sebab the next meal will be in the flight, which was about 1.00 p.m.


but at the same time, rasa sedih nak tinggalkan hotel tu.  sedih sebab rasa macam tinggalkan rumah sendiri.  anyway, lepas breakfast, continue packing barang walaupun malam sebelumnya dah kemas separuh.


9.30 pagi teksi sampai walaupun kitaorang belum turun lagi.  perjalanan ke airport boleh dikatakan smooth, walaupun ada traffic jam sikit-sikit di jalan-jalan utama.  10.15 pagi dah sampai airport.  flight pukul 12.25 tengahari.  2 jam lagi tu.  apa nak buat?


apa lagi, jom belanja Rupiah yang masih berbaki.  i know how to spend them wisely.  hehe… mostly souvenirs untuk kaum kerabat dan sahabat handai kitaorang beli kat situ.  senang, one stop center.  tak payah nak keluar-masuk dari satu kedai ke satu kedai.

Photo credit to Wikipedia

alhamdulillah, selepas 2 jam dalam flight, we landed in KLIA dengan selamatnya.  then, to baggage claim area selepas melepasi immigration.  kitaorang ada tiga bagasi.  tapi kenapa ada dua je?  mana lagi satu?  tunggu, punya tunggu, punya tunggu, takde jugak.


berpinar mencari kat baggage claim area dan kawasan sekitarnya.  tak jumpa.  cari pulak kat longgokan bagasi yang belum diclaim, pun takde.  cari bagasi yang agak-agak sama color dengan beg kitaorang, lagi tak nampak bayang.


last-last buat report kat Lost&Found Centre.  bagi details segala.  aku siap tanya kat petugas airport tu.  pernah tak kalau ada beg hilang, tak dapat balik?  petugas tu kata jarang berlaku.  selalunya jumpa.  pernah jugak tak jumpa, tapi peratusannya sangat kecil.


bila dengar macam tu, lega sikit hati.  harap-harap dapat jumpa.  tapi bila petugas tu kata ambik masa 2-3 hari, dan suruh aku call kalau selepas 5 hari airport tak call, terus rasa cuak.  perut yang tadinya mintak diisi dah tak rasa lapar.


bukanlah sedih sangat sebab beg tu hilang.  cuma rasa ralat je.  ralat sebab mostly barang yang kitaorang beli dipack dalam beg tu.  lagi satu, sebab bag tu baru je beli kat Tanah Abang.  first time pakai, dah hilang!

perjalanan balik ke rumah terasa lama.  takde mood sebenarnya.  otak asyik ingat dekat beg je.  dalam pada teringat beg tu, senang je aku tidur malam tu.  penat tu.

aku terjaga tengah malam tu tengok mr. hubby duduk tegak kat sofa.  aku tanya dah kenapa.  dia kata, ada ejen dari airport called, nak hantar bagasi.  dalam hati aku, biar betul.  masa tu dah lebih pukul 12.00 tengah malam.  tak boleh tunggu esok ke?

yang aku risaukan, betul ke itu beg kitaorang?  silap-silap, beg orang lain.  buat mengharap je.  since ejen tu tak jumpa rumah, mr. hubby pulak yang kena keluar cari ejen tu.  last-last mr. hubby jumpa ejen tu dah sampai depan pagar.


alhamdulillah, memang betul beg kitaorang.  terima kasih Allah.  selama kitaorang bercuti ke luar negara, itu lah pengalaman pertama kehilangan bagasi.  terima kasih kepada petugas airport/MAS yang menjalankan tugas dengan pantas & efficient.

the view from our room

in conclusion, percutian kali ni agak menarik.  sebenarnya, it’s better than expected.  mungkin sebab aku suka sangat Hotel Kosenda tu kot.  tu yang membuatkan aku suka percutian kali ni.  mungkin…


anyway, being the most populous city in South East Asia and the second largest metropolitan area in the world, Jakarta has so much to offer.  In fact, Jakarta has grown more rapidly than Kuala Lumpur, Beijing and Bangkok ~ Wikipedia


mempunyai penduduk beragam Islam yang tertinggi di dunia, makanan halal senang didapati di Jakarta.  selain restoran dan food court, banyak gerai di tepi jalan yang menjual makanan i.e. bakso, soto, gado-gado, satay, dll.  kadang-kadang, hidung tertangkap aroma yang menyelerakan, tapi kitaorang tak berani nak cuba sebab was-was tentang hygiene.


Jakarta is known for its heavy traffic.  itu memang buat kita rasa stress.  on the other hand, ia adalah punca rezeki untuk orang lain.  kebetulan masa tu kitaorang baru keluar dari ITC Mangga Dua.  jalan jammed tapi kelihatan peniaga happily selling stuff like toys, watches, food, dll di kesesakan jalanraya tu.  yang jual tilam pun ada uolzzz!


kata Pak Ellie, itu pemandangan yang biasa di Jakarta.  para peniaga, walaupun berlainan kawasan, akan tolong-menolong sesama mereka dan bagitau tempat-tempat yang sedang mengalami kesesakan lalu lintas.

Museum Mandiri

despite being ranked first among 35 emerging world cities in 2014 (by consultant A.T. Kearney), Jakarta still retains its history.  there’s Kota Tua, a small, surviving old town area consisting of dutch colonial buildings, crafted good vendors, as well as artist.  this area is home to a number of museums and cafes converted from old Batavia’s offices.  a must-visit when you're in Jakarta.


last but not least, the people of Jakarta.  they are friendly.  very friendly and informative.  tapi janganlah mesra tak bertempat.  mengundang masalah lah pulak nanti.

phew!  akhirnya habis jugak cerita trip ke Jakarta ni.  dah 3 minggu balik KL, baru ni lah siap.  apa-apa pun, terima kasih pada mr. hubby sebab merealisasikan impian aku ke Jakarta.  dah lama teringin nak pergi, baru kini terlaksana  (^_^)


next year nak ke mana pulak ya? *wink* 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...