Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 12, 2014

3 malam di Kosenda ~ part ii

pagi Selasa tu kitaorang breakfast di Waha Kitchen.  breakfast memang dah termasuk dalam harga bilik.  so kalau tak makan, memang rugilah kan.




it was a buffet breakfast but only for beverages, fruits, dairy stuff, porridge & kuih-muih.  untuk meal utama, kena order from a provided breakfast list.  selesai makan, kitaorang tunggu di bilik sementara tour guide datang pukul 9.00 pagi.




tour guide sampai sebelum pukul 9.00 pagi.  kitaorang je yang lambat turun.  nama tour guide tu Ellie.  kitaorang panggil Pak Ellie.  padahal tour guide tu nampak muda je dari kitaorang.  hehe...



untuk tour hari tu, Pak Ellie akan bawak kitaorang ke kawasan Kota, a small area in Jakarta.  for Indonesian, they call it Kota Tua or Batavia Lama.  traffic dalam town macam biasa lah, jammed memanjang.  sigh...



mula-mula Pak Ellie bawak kitaorang melihat sekitar Glodok, the largely Chinese downtown area.  in other words, Chinatown of Jakarta.  and Glodok is a central part of Kota.



di Glodok, kita boleh melihat banyak kedai di sepanjang jalan serta pasar yang mostly owned by Chinese.



tapi kat Indonesia ni susah nak differentiate samada seseorang tu cina atau tidak.  sebabnya, kat sana kalau kita tanya bangsa apa, dia jawab, "Bangsa Indonesia".



dari Glodok, kami ke Sunda Kelapa, sebuah pelabuhan lama.  Pelabuhan Sunda Kelapa telah dijadikan kawasan tarikan pelancong kerana nilai sejarahnya yang tinggi.



dulu, pelabuhan ini sibuk dengan dagangan antarabangsa sejak abad ke 12 lagi.  sekarang ni, ia cuma digunakan sebagai pelabuhan domestik untuk menghantar barangan ke pulau-pulau persekitaran.


Kali Besar

dari pelabuhan, kami ke Jembatan Kota Intan.  Jembatan Kota Intan merupakan salah satu objek wisata yang kerap dikunjungi pelancong ketika di Jakarta.

Jembatan Kota Intan
Photo credit to Martijn/Wikipedia

terletak di Jalan Kali Besar, berdekatan dengan Stasiun Bus Jakarta Kota, ia merupakan satu-satunya jambatan yang masih tinggal dan paling terkenal dari sekian banyaknya yang pernah didirikan oleh Belanda.


bentuk jambatan ini unik.  ia adalah model jambatan gantung, di mana ianya boleh diangkat atau buka-tutup untuk lalu lintas perahu melaluinya.  zaman dulu, jambatan ni sibuk dengan perahu yang mengangkut barang-barang serta rempah-ratus dari Pelabuhan Sunda Kelapa.

selesai bergambar di Jembatan Kota Intan, kami menuju ke Fatahillah Square.  sebelum sampai ke situ, kitaorang melihat-lihat pemandangan yang rata-ratanya adalah bangunan-bangunan colonial tinggalan Belanda.


kat Kota Tua tu memang banyak bangunan lama dengan European architecture style.  tak done nak ambik semua.  apa yang sempat, aku share kat sini.  yang paling menarik minat aku ialah Toko Merah.  tapi tak singgah pun sebab aku baru tau kewujudan bangunan tu masa tu jugak.  tak buat research sebelum pergi, so tengok je lah... :(


Toko Merah
Photo credit to Taman Renyah/Wikipedia

sesampai di Fatahillah Square, Pak Ellie parking di depan bangunan lama.  tak tau lah samada bangunan tu untuk restoration atau nak dirobohkan.  tapi kat salah satu dinding bangunan tu, ada diprint satu ayat seperti dalam gambar di bawah ni...


seingat aku lah kan, belum pernah aku jumpa notification yang semacam ni kat Malaysia ni.  huhu!!!  memang vokal lah bangsa diaorang ni... (^_^)

Museum Sejarah Jakarta
Photo credit to Bungutebungute/Wikipedia

sebenarnya, kitaorang ke Fatahillah Square ni sebab nak visit Museum Sejarah Jakarta.  tapi museum tu sedang buat renovation, so tak dapatlah nak visit.  gambar pun aku tak ambik sebab ada besi-besi di depan museum untuk kerja-kerja renovate.  nampak tak cantik kalau nak ambik gambar.  so aku guna gambar encik google je lah ya.

Museum Wayang
Photo credit to Masgatotkaca/Wikipedia

then, Pak Ellie bawak kitaorang melawat Museum Wayang yang juga terletak di dalam compound Fatahillah Square.  aku ingatkan wayang macam movie zaman sekarang ni.  rupa-rupanya wayang Jawa tradisional ~ ala-ala puppet show tu.  hehe...


anyway, the museum has a collection of various kinds of wayang, almost dari setiap daerah di Indonesia serta dari beberapa buah negara lain.  Wayang kulit dari Malaysia pun ada jugak dipamerkan.


di Fatahillah Square, ada orang menjual barangan kraftangan serta souvenir di tepi-tepi bangunan di situ.  beberapa buah cafe juga tidak melepaskan peluang menggunakan tema colonial tersebut untuk menarik minat pelancong.  Bangi Kopitiam pun ada uolllsss!


kitaorang singgah di Cafe Batavia untuk membasahkan tekak.  matahari tegak kat atas kepala, mau nya tak haus.  hehe...  alasan je tu.  kata haus, so we only ordered two drinks ~ Shirley Temple dan Carribean Punch.


kitaorang tak makan pun kat situ sebab jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi (12.30 tengahari waktu Malaysia).  lagi pun, belum rasa lapar sebab dah melantak banyak masa breakfast sebelum tu.  hihihi!


Cafe Batavia bukan setakat mengekalkan tema colonial pada bangunannya, tetapi juga pada hiasan dalamannya.  menunya western cuisine.  di tingkat bawah pulak nampaknya ada alat-alat muzik kat atas stage.  mungkin ada band yang perform waktu malam.



washroom nya penuh dengan gambar, sampailah ke dalam toilet.  ada di antaranya gambar artis barat, yang selebihnya tak dikenali.  aku nak melepaskan hajat pun rasa tak tenteram sebab rasa macam ada orang skodeng.  hehe...

korang boleh nampak tak ada nun dalam gambar ni yang turut melawat masjid?

 kembara kami diteruskan lagi ke Masjid Istiqlal yang terletak di Jalan Taman Wijaya Kusuma di Jakarta Pusat.  masjid yang dibuka pada tahun 1978 ini adalah masjid yang terbesar di Asia Tenggara.


masjid ini dibina untuk memperingati kemerdekaan Indonesia, dan 'Istiqlal' itu sendiri means independence in Arabic.  the masjid was designed by Frederich Silaban, a Christian architect from North Sumatra and the construction took 17 years to complete.



apa yang menarik tentang masjid ini ialah lokasinya.  ia dibina betul-betul berhadapan dengan Gereja Katedral Jakarta sebagai simbol harmoni dan toleransi berugama rakyat negara itu.


seterusnya kami ke Monumen Nasional.  tugu yang terkenal dengan singkatannya Monas ini adalah mercu tanda Jakarta.  ia dibina sebagai simbol memperingati perjuangan untuk kemerdekaan Indonesia.



tak lengkap kalau berkunjung ke Jakarta tak singgah kat sini.  tapi kitaorang ambik gambar dari jauh je.  tak pergi dekat pun, asal masuk kawasan dia dan boleh nampak tugu tu dah cukup baik.  janji pergi kan?  ^_^



destinasi terakhir hari tu ialah ICT Mangga Dua.  sesiapa yang dah pernah ke Jakarta, mesti tau tempat ini kan?  Pak Ellie tinggalkan kitaorang kat situ.  dia kata, kalau dah selesai, telefon je dia.  so kitaorang pun took our own sweet time.

clockwise:  teh botol, baso, mie ayam pedas & gado-gado

tengahari tu, we had lunch at Es Teler 77 yang terletak di dalam kompleks tu jugak.  kitaorang pernah makan kat franchise restoran yang ni masa kat Singapore dulu.  kat KL tak pernah terjumpa lagi.

kitaorang balik ke hotel petang tu dalam kepenatan.  selesai solat dan berehat sekejap, we went to Sarinah again for dinner.  lepas dinner, aku dan mr. hubby urut kaki.  murah ko, sejam RM15 jer!

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...