Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 31, 2014

lawatan sambil bekerja (musim keempat)

on Boxing Day yang lalu, kitaorang ke luar daerah.  ikut mr. hubby bekerja sebenarnya.  since it was still school holiday dan aku pun sedang clearkan cuti, rasanya tak salah nak ikut.

plan asal sepatutnya ke Kuantan, tapi cuaca tak mengizinkan.  so mr. hubby buat detour dan kitaorang pun ke Melaka.  sepanjang perjalanan dari KL ke Seremban cuaca mendung.  tapi dah lepas je Senawang, hujan dah mulai renyai-renyai dan lebat di beberapa tempat sehingga ke Melaka.


destinasi kitaorang pagi tu ialah Old Town White Coffee di Cheng.  mr. hubby ada appointment kat situ.  kitaorang apa lagi, dahlah hujan, lepas sejuk pulak, macam mana tak lapar.  mr. hubby pun dah bagi greenlight suruh order apa-apa yang kitaorang nak.


mr. hubby duduk meja lain.  aku dan dina duduk meja lain.  konon-konon macam tak kenal lah.  hehe…  anyway, disebabkan lapar sangat, aku dan dina pun sesuka hati.  bila the first client dah beredar, mr. hubby tunggu second client kat meja kitaorang.  terperanjat dia tengok kitaorang order banyak food.  nak buek camano?  tak boleh cancel dah ni.  hehe..



sebelum second client sampai, mr. hubby dah siap-siap pindah meja lain.  aku ngan dina melayan gajet yang ada.  apa lagi yang boleh dibuat kan?  nak pergi kedai sebelah atau yang dekat-dekat tu, kat luar sedang hujan.


duduk je lah diam-diam kat restoran tu.  makanan yang order tadi dah habis.  melampau lah kalau nak order lagi kan.  kenyang bangat dah masa tu.

syukur appointment dengan second client tu tak lama.  tapi kitaorang yang menunggu lah yang rasa lama.  naik kebas dah punggung rasanya masa tu wei.  hihihi!!!


dari Cheng, we went to our hotel in Bandar Melaka walaupun hujan tak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti.  untuk trip kali ni, aku pilih budget hotel.  kalau ikut mr. hubby pergi business trip, tak boleh nak pilih hotel yang 'selesa' sangat.  naya kalau kena audit.  hehe…


we checked-in into M Hotel at Jalan Taming Sari.  budget hotel ni baru je beroperasi about a few months, kalau tak silap.  masih baru lagi.  it provides basic facilities seperti hotel-hotel yang lain.  dan ada sebuah café serta vending machine di bahagian lobby.


selesai checked-in, kitaorang ke Aeon Bandaraya Melaka untuk mengisi waktu ~ lunch cum dinner.  sebenarnya aku nak pergi butik JelitaSara.  tu pasal pergi Aeon sebab butik tudung tu seberang jalan tu je.


we had our meal at See U Village Steamboat.  apa yang kitaorang as per picture below ya.  biasanya kalau makan steamboat, restoran akan bagi satu periuk besar kan?  walaupun yang order steamboat cuma sorang, tetap dapat periuk besar.


kitaorang order set untuk dua orang.  so dapatlah dua periuk kecik yang diisi kuah untuk celup-celup.  boleh pilih samada nak sup ayam atau sup tomyam.  first time aku jumpa steamboat yang bagi sup macam tu ikut kiraan kepala.  hehe...


lepas makan, jalan-jalan kat mall tu dan singgah butik JelitaSara.  tapi tak beli apa-apa pun.  tudung yang aku nak dah habis.  stock kat butik pun dah tak banyak.  mana taknya, sale start awal disember.  dah nak habis bulan baru nak pergi.  balik ke hotel petang tu, dah tak keluar lagi dah.  rehat puas-puas.


the next day, we checked-out early sebab nak pergi makan.  tak breakfast lagi masa tu, so kira brunch teruslah kan.  lagi pun, ada orang dah buat appointment nak brunch sama dengan kitaorang.


siapa?  haa... tu dia.  nampak...!  (^_^)  we had lunch at Asam Pedas Selera Kampung.  restoran di terletak di deretan kedai-kedai berhadapan Menara Taming Sari.

abang-abang sado menikmati hidangan  ^_^

banyak betul lauk-pauk kat restoran tu.  rambang mata nak pilih.  pengunjung pun ramai sampai penuh seat.   bertali-arus, tak berhenti-henti.

sedap hingga terlelap mata  *_*

alhamdulillah, kitaorang dapat tempat duduk kat bahagian dalam yang ada air-cond.  lega...!  antara yang kitaorang order termasuklah ikan pari asam pedas, ketam masak cili padi, udang galah masak cili padi, ikan keli berlado dan kerabu mangga.


sorrylah, terlupa nak ambik gambar.  lauk-pauk sampai je atas meja, terus ngap.  bila dah tinggal piring, baru teringat nak ambik gambar.  hehe...  lepas makan, singgah pulak di gerai souvenir dan makanan ringan yang terletak di sebelah jalan restoran tersebut.


dari situ, we headed to KL.  singgah sekejap di Restoran Jejantas Ayer Keroh untuk solat.  walaupun lawatan sambil kerja, i consider that as our last trip for 2014.

looking forward to another lawatan sambil bekerja.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...