Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 24, 2014

breaking dawn ~ part 3

cerita twilight tu takde breaking dawn part 3 kan?  haa!  nampak...  kau hado?  hehe...  sebenarnya aku tak tau nak bagi tajuk apa.  aku belasah je lah breaking dawn part 3.  blog aku, suka hati aku lah kan?  huhu!!!


for our anniversary this year, we really wanted to celebrate it with our extended families.  bukan ada apa-apa hidden agenda pun.  cuma rasa bersyukur with all the blessings dan nak share kegembiraan tu dengan semua.  alhamdulillah.

apa yang mencebik tu Leez?  ^_^

tapi nak buat kat rumah, aku ni agak sentimental dalam part memasak ni.  pembantu rumah nan hado.  takkan nak mintak mr. hubby tolong potong bawang ataupun celur mee ya tak?  hehe...

nampak tak meja untuk warga emas?  hehe..

so last saturday we gathered at Tonka Bean Cafe.  elok je kitaorang sampai, Qila and the troop pun sampai.  the troop?  macam lah ramai sangat.  hehe..

family in blue

Azrul & family datang lambat sikit sebab jalan jammed.  biasa lah tu, hari sabtu kat memana tempat pun memang jam.  takpe, better late than never.  we really appreciate everyone's attendance.



it was a buffet hi-tea.  macam-macam ada...!  kalau aku buat majlis ni kat rumah, mesti menu nya 2-3 jenis je kan?  hahaha!!!  di antara makanan yang ada kat situ bolehlah korang tengok kat gambar yang aku post kat sini.


mostly gambar-gambar yang ada kat sini diambil oleh cik dina.  aku kengkadang malas nak ambik gambar.  adalah captured a few moments, jangankan tidak.

dua orang penggemar ais krim & air batu campur

so now dina dah jadi official photographer untuk aku.  tapi kalau gambar korang takde tu, jangan tanya aku lah ya.  apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak ya dina.


apart from that, ada a few photos in this entry came from Qila dan Luvelymummy.  terima kasih ya korang sebab share.  in fact, banyak gambar-gambar dalam blog aku ni datangnya dari korang berdua.  thank you once again my biras  (^_^)


by the way, selepas maghrib tadi telah pun masuk tahun baru hijrah 1436.  selamat menyambut maal hijrah kepada semua.  semoga kita semua dapat hijrah ke kehidupan yang lebih baik.  dan semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, insya'Allah.  aamiin.


akhirulkalam, dengan tahun yang baru ni, aku berdoa semoga jodoh aku dan mr. hubby dipanjangkan Allah dan perkahwinan kami bahagia hingga ke akhir hayat.  doakan kami ya (^_^)


... dan semoga kami dijauhkan dari sebarang bala serta fitnah.  dan seterusnya, dengan izin Allah, kami kekal hingga ke Jannah.  aamiin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...