Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 1, 2014

girls' day out

hari ahad lepas, entah kali yang ke berapa aku, Qila & Dina ke seksyen 7, shah alam.  dah tak ingat lah, dah lost count!  tapi dah berapa kali Qila pergi tanpa aku, itu aku tak tau lah.  mihihihi!!!

memetik kata-kata mr. hubby, “nak shopping apa lagi?  raya pun dah habis”.  betul jugak tu.  hehe... ya betul tapi bukan nak shopping sangat pun.  sebenarnya nak pergi satu butik yang dah buka di shah alam, tapi kitaorang belum pernah jejak lagi.


tapi sambil-sambil tu, pergi jugaklah butik yang lain-lain.  rugi pulak rasa kalau menyelam tak minum air.  hehe...!!!  nama butik tu Bella Ammara.  butik ni baru bukak hujung bulan ogos hari tu, tapi kitaorang tak pergi.  tak minatlah nak pergi kedai bila orang ramai sangat.


aku takde ambik gambar butik bella ammara masa pergi hari tu.  so ni aku copy&paste je dari akaun instagram dia.  dan aku tak kuasa nak crop.  anyway, butik ni interior design dia cantik tau.  kat luar dia pun cantik jugak.  cer tengok.  cantik kan?


butik bella ammara ni merangkumi 3 brand di bawah satu bumbung dan dibawah owner yang sama ~ Bella Ammara, Osra & Pudore.  mostly ketiga-tiga butik ni jual jubah.  tapi ada jugak nampaknya terselit baju kurung, telekung serta shawl.


seperkara yang aku notice, kat website, jubah-jubah ni cepat betul habis.  terlajak laris!  tu pasallah kitaorang ke sana.  lagi pun, nak jugak menerai sebelum membeli, takut-takut kalau tak muat.  lepas tu tak boleh nak return.  haa... masalah lah pulak.


anyway, masa kitaorang pergi hari tu, banyak jubah yang dah habis.  takde stok.  mungkin sebab kitaorang datang hari terakhir dalam minggu tu.  hari isnin pulak butik tutup.  selasa baru ada stock sampai.  tu lah pasal kot.


Photo credit to Osra Boutique

tapi dalam takde stok tu, dapat jugaklah rembat sehelai jubah.  dah datang jauh-jauh, takkan balik tangan kosong je kan?  huhu!!!  sebelum ke butik tu, Dina dah sambar sehelai jubah kat Qala Qisya.  hmmm...semuanya main sambar dan rembat je.  macam touch & go pulak.


usai shopping di bella ammara, rasanya kitaorang dah selesai urusan di jalan plumbum tu.  dah takde butik lain lagi nak pergi.  kalau ikut plan asal, ada 5 lagi tempat kitaorang nak pergi.  untuk tidak membuang masa, dari situ kami terus ke Jalan Kristal.



ntuk makan tengahari, kami menjamu selera di Roa by Jovian Mandagie.  Yes, you heard me right.  The owner is Jovian Mandagie, the designer.  dia takde kat situ, tapi bapak dia ada.  hehe...


nampak tak bapak Jovian sedang buat catwalk?  ^_^

cuisine restoran ni adalah masakan Manado.  konsep restoran ni macam restoran nasi Padang, tapi ada jugak a few makanan yang dimasak panas-panas.  cuma menunya agak limited.

wanita bertudung pink tu ingat aku snap gambar laki dia.  aduyai...!  :(

restoran tu santai dan sempoi je.  ingatkan ala-ala fine dining.  hikhikhik!  anyway, untuk lauk-pauk, kitaorang order Ayam Goreng Mentega, Sapi Bumbu SereUdang Woku dan Roa Saus.


ayam goreng mentega tu macam ayam goreng kicap.  sapi bumbu sere tu macam rendang, tapi pedas gilerrr.  udang woku tu udang bertumis dan ada sedikit kuah.  roa saus tu aku tak sure apa dia, tapi rasanya itu signature dish dia kot.  ntah apa ingredient dia.  macam sambal ikan bilis kering, tapi sedikit keras dan pedas.


disebabkan sapi bumbu sere tu pedasnya tak hengat, kitaorang tak teragak-agak nak order Pavlova dan Belgian Choc Cheese Cake.  nampak...!  alasan je tu sebab tak nak rasa bersalah.  hehe...  dah kenyang separuh nyawa, kitaorang beredar dan menuju ke Bangsar.


di Bangsar, kami ke Modvier.  pun pengalaman yang sama macam kat bella ammara tadi, banyak barang yang dah habis.  modvier pulak tutup hari isnin dan selasa.  kitaorang fikir, hari rabu stock baru akan sampai.  sudahnya, sorang pun tak beli apa-apa.

Photo credit to Kosmo!

our next pit stop was a coffee house.  dina dah lama teringin nak pergi this place called DipNDip di Jalan Telawi 3.  tapi belum berkesempatan lagi.  since Qila dah mention the week before, nampaknya impian dina terlaksana.


that outlet penuh masa kitaorang sampai.  takde seat, so kena tunggu.  tapi tak lama pun, tak sampai 5 minit.  Dina ordered Marshmallow Crepe dan Qila ordered Triple Chocolate Crepe.  kitaorang ordered 2 items je, share-share lah.  masih rasa kenyang lepas makan kat Roa.  anyway, thank you Qila.  semoga tambah murah rezeki.  aamiin  (^_^)


dari Bangsar, kami terus balik.  sepatutnya ada 3 lagi butik kat Wangsa Maju kitaorang nak singgah.  tapi tak sempatlah.  dah petang sangat.  mungkin lain kali.  insya'Allah.


itu je lah cerita hari ahad lepas.  terima kasih sebab sudi singgah  ^_^

note:  photo credit to Dina & Qila


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...