Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 31, 2014

suka duka syawal ~ part iv

setelah menginap 2 malam di Casavilla, kitaorang bersiap untuk ke destinasi raya yang seterusnya.  tapi sebelum meninggalkan Taiping, ada aktiviti tahunan yang wajib untuk mil.  aktivitinya ialah beli belacan.  tiap kali balik Taiping, mil mesti beli belacan.  jauh tu...!  (^_^)

kat kedai jual belacan & ikan kering pun nak bergambar.  aduyai... 
apek pun nak tumpang sekaki  (^_^)

lepas checked-out, kitaorang ke rumah Chik untuk kali yang terakhir sebelum meninggalkan Taiping.  kata mil, nak ambik kuih raya.  rupa-rupanya makan tengahari.  sambil menyelam minum air.  mihihihi!!!!


kat sini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kat Chik & family sebab bagi layanan tip-top sepanjang kitaorang kat sana.   terbaekk lah!  insya'Allah, panjang umur kita jumpa lagi.


seterusnya kitaorang bergerak ke Ipoh.  bukan nak beraya pun sebab kitaorang dah pun beraya rumah Ujie hari tu.  ni kira bercuti musim raya lah ni.  di Ipoh, kami menginap di Shamrock Guesthouse.


Shamrock Guest House ni baru je dibuka 4 bulan sebelum tu.  semuanya masih baru.  guest house tu pun comel dan keseluruhannya cuma ada 9 bilik je.  senang nak manage, kata owner.



nama-nama bilik di Shamrock Guest House

guest house tu mengambil tema sempena negara Ireland.  kata owner tu lagi, dia pilih Ireland sebab anak dia pernah belajar kat sana dan tema tu nampak menarik.



cer korang tengok decoration dia.  cantik kan?  aku rasa tak puas ambik gambar kat guest house ni.  setiap sudut mesti aku nak capture.  main entrance dia pun ala-ala cafe kat Korea.



walaupun guest house tu takde facility seperti restoran ataupun swimming pool, aku suka sangat guest house tu.  next time kalau ke Ipoh, mesti nak stay kat situ lagi.

*************************

esoknya kitaorang dah nak balik ke KL.  sebelum balik, apa kata kita bergambar puas-puas dulu?  bagi memasing lebam bergambar.  nampak...!  huhu!!!




sakit pipi sebab banyak sangat senyum.  dah tak tau nak senyum macam mana lagi dah.  semua gambar nampak sama je.  kalau tersengih pulak boleh tak?  huhu!!  perut lapar pun dah tak kisah sebab bergambar punya pasal.




ok, cukup-cukuplah tu bergambar.  since kitaorang pun tak makan breakfast lagi, kitaorang makan di satu restoran yang popular di Ipoh.  semalamnya tu kitaorang datang restoran tu tutup.  masa kitaorang sampai situ lebih kurang pukul 11.00 pagi, nampak orang dah beratur panjang dah.


aku tak sure nama kedai tu.  tapi owner dia cina.  yang kitaorang nak makan tu nama kedai dia Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah.


tapi sebelum tu Boy bagitau nama dia nasi ganja.  bila sebut nasi ganja, rasa geli pulak nak makan.  apa ghopa nasi ganja tu gamaknya?

nasi & ayam

tada...!!!  nampakkk...!  ini yang paling basic.  korang boleh jugak tambah lauk yang lain.  ikut selera masing-masing lah.  bayar je.  huhu!!!

nasi & daging

nama nasi ganja mungkin timbul sebab bila dah cuba sekali, orang dah addict nak makan selalu.  mungkinlah kot.  aku pun mungkin nak datang sini lagi kalau pergi Ipoh lagi.


lepas makan, kitaorang bersiar-siar sekitar Ipoh.  hasrat hati nak ambik gambar mural yang ada di sekitar Ipoh.  dapatlah jumpa satu.


tapi mural yang banyak-banyak yang kitaorang nampak waktu google kat internet tu tak jumpa-jumpa.  salah guna map kot.  hehe...

mr. hubby dah malas nak cari lagi.  akhirnya kitaorang sekeluarga terus balik ke KL.  Boy & Azrul meneruskan pencarian.


walaupun aku tak ikut sama mencari, tapi ihsan dari biras & ipar, dapat jugak aku beberapa gambar mural tu.  so dapatlah share dengan korang kat sini.


so itu je lah nak cerita mengenai raya tahun ni.  ada lagi cerita dan gambar, tapi dah tak larat nak buat entri pasal raya lagi.  kalau panjang umur, aku sambung cerita raya ni masa raya haji nanti.  hehe...

setakat ni, itulah raya celebration yang paling sakan sekali.  insya'Allah, panjang umur jumpa lagi di syawal tahun depan.  aamiin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...