Saturday, August 30, 2014

suka duka syawal ~ part iii

bulan syawal baru je habis hari selasa kelmarin.  makna nya, raya pun dah habis.  aku baru terhegeh-hegeh nak update blog.  tapi masih ada orang buat open house sampai cuti merdeka ni walaupun syawal dah habis kan?  hehe...

macam yang aku dah bagitau, raya tahun ni banyak sangat bergambar.  sayang pulak tak masuk dalam blog.  tapi aku tak kuasa pulak nak print gambar-gambar tu.  so aku sambung je lah dari post yang lepas ya...

.....sambungan

sampai Taiping, kami ke hotel dulu untuk check-in.  kitaorang stay kat Casavilla Hotel kat area Simpang.  bolehlah, hotel budget je.  lagi pun, dekat je dengan rumah Chik.

Photo credit to Booking.com

dari hotel, terus ke rumah Chik.  dekat je, tak sampai 5 minit pun berkereta.  kat rumah Chik makan makan mee kari untuk minum petang.  sodap...!  kitaorang stay sampai dinner.  lepas tu baru balik ke hotel.


the next day kitaorang beraya ke rumah Wan Nab di Kampung Aman.  sampai-sampai je dah time lunch.  memang langkah kanan lah kitaorang.

tuan rumah nampak sayup-sayup je...

kat rumah Wan Nab banyak gak kitaorang bergambar.  gambar-gambar kat situ nampak cantik sebab betul-betul nampak suasana kampung.  cer korang tengok, betul tak cakap aku.  hehe...

4 dara pingitan

dari rumah Wan Nab, kitaorang ke rumah Jo.  rumah dia tak jauh dari rumah Wan Nab.  aku dah pernah 1-2 singgah rumah Jo ni.  tapi kalau beraya, inilah kali pertama.  ntah macam mana boleh terberaya rumah dia pulak tahun ni.  hehe..  (^_^)


dari situ, kami ke rumah Achek di Kamunting.  dah berbelas tahun aku kahwin ni, inilah first time aku pergi rumah Achek.  raya sakan kitaorang tahun ni.  hihi...  apa-apa pun, insya'Allah, kami akan datang lagi in the future.


dari Kamunting, kitaorang ke Simpang semula.  sebelum sampai rumah Chik, kitaorang singgah di kedai bundle dulu.  dapatlah 2-3 barang yang agak worth it.  kami stay kat rumah Chik sampai waktu dinner.


malam tu agak penat.  penat makan sebenarnya.  Azrul dan Boy dah plan nak pergi Night Safari di Zoo Taiping.  aku dan mr. hubby tak rasa nak pergi.  so kitaorang balik ke hotel dengan mil untuk berehat.  Dina ikut diaorang pergi zoo.



diaorang balik hampir pukul 12.00.  aku masa tu dah bersiap nak tidur.  dah tukar uniform dah pun.  tinggal nak letak kepala atas bantal je.  huhu!


walaupun aku tak pergi, dapat jugak tengok gambar diaoang kat zoo.  ini semua ihsan biras-biras aku yang baik hati.  terima kasih daun keladi ya  (^_^)

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...