Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 30, 2014

the Sumbs cafe

dah beberapa kali plan nak ke café yang satu ni, tapi sentiasa je tak jadi.  selalunya tak sempat sebab masa dah suntuk.  tapi ada sekali tu, bila dah elok-elok budget time, café tu pulak tutup sebab ada private function.

dah lah tempatnya jauh, nun kat Shah Alam tu.  kalau tak jadi pergi, kena tunggu next trip baru boleh pergi.  itu pun mungkin 3 atau 4 bulan selepas tu.

Image credit to the Sumbs FB page

nama café tu The Sumbs.  lokasinya di Pusat Perniagaan Worldwide, Seksyen 13, Shah Alam.  walaupun guna Waze, kitaorang sesat jugak.  berpusing-pusing kat tempat yang sama.  last-last jumpa kat laluan yang mula-mula kitaorang masuk sebelum tu.

Image credit to the Sumbs cafe FB page

anyway, aku dapat tau mengenai café tu dari SukaSucre.  ya, manisan yang dihasilkan oleh Dr. Fazley.  di situlah café pertama Dr. Fazley hantar desserts buatannya untuk dijual.

Image credit to the Sumbs cafe FB page

kebetulan Sabtu lepas aku, Miss Qee & Dina ke Shah Alam.  mungkin dah rezeki kitaorang kot, so telah berkesempatan singgah di The Sumbs.  finally.  hooray!!!

masa kitaorang sampai, café tu full house.  dan kitaorang nampak ada satu family sedang tunggu giliran.  so kitoarang pun kena tunggu giliran jugaklah.  tapi tak lama.  tak sampai 5 minit dah ada table available.  alhamdulillah.

Image credit to the Sumbs cafe FB page

masa waiter tu bagi menu, memasing rasa teruja sampai tak tau nak order apa.  perut pulak sedang lapar giler.  mana taknya, dah pukul 2.00 petang masa tu.  semua food kat menu tu nampak sedap-sedap belaka.  hehe…



we ended up ordering the café signature dish yang fofular ~ Churros dan Dendeng Daging Sandwich.  Dina ordered Pasta Carbonara.  Miss Qee ordered Chicken The Sumbs dan aku ordered Chicken Milanese.




semua makanan kecuali churros diletakkan di dalam kotak.  nampak kemas dan lain dari yang lain.  sesuatu yang baru untuk aku.  food portionnya pun besar.  alhamdulillah.


bila main course memasing dah habis, kitaorang memang dah full.  so dendeng daging sandwich tu kitaorang tapau bawak balik.  desserts dari SukaSucre yang kelihatan menggiurkan pun kitaorang tak beli sebab dah terlampau kenyang.

Image credit to the Sumbs cafe FB page

ada gak berhajat nak ambik gambar deco serta surroundings kat café tu, tapi aku segan sebab ramai orang.  gambar food yang ada ni pun Miss Qee yang ambikkan.  terima kasih Miss Qee!  ^_^

Image credit to the Sumbs cafe FB page

to conclude, kitaorang memang puas hati dengan food di the Sumbs.  dari segi rasa, presentation serta service, highly recommended.


mungkin boleh datang lagi lain kali.  kan Miss Qee?  ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...