Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 11, 2014

pasar ikan di waktu malam

masa aku nak print voucher Groupon yang aku beli Jumaat lepas, aku ternampak voucher yang aku beli bulan lepas dah nak expired.  bukan esok lusa, tapi hari tu jugak.  so lepas Maghrib last Friday, kitaorang pun ke Fish Manhattan Market di Wangsa Walk, outlet yang paling dekat dengan rumah.


sampai kat situ, sebelum kitaorang order, aku tengok voucher tu balik.  masa tu baru aku perasan kat atas tu tertulis 'Pavilion Kuala Lumpur:  The Fish Manhattan Market'.  wtf???  aduyai...!  dahlah voucher tu expired hari tu, memang tak done lah nak pergi Pavilion time tu.  huwaaa!!!  macam mana aku boleh tak perasan?  ingatkan expired next month.  burn je lah nampaknya...!  :(


nak buat camana kan.  niat hati nak belanja tapi encik suami pulak yang kena belanja.  banyak-banyak sabar ya encik suami.  next time saya belanja pulak.  disebabkan encik suami yang belanja, aku berat hati pulak nak order lebih-lebih.  karang dia kata aku ambik peluang pulak.  hihihi!!!  macam tak biasa pulak kan... ^_^



Dina seperti biasa order spaghetti Cajun Chickie Marinara & Gummy Bear.  mr. hubby order dinner set ~ Spicy Seafood Olio, Manhattan Velvet Cake & Sunset by the Bay.  aku pun order dinner set jugak ~ Pepper Mayo Salmon Burger, Tex Mex Mussels & Lemongrass Cooler.




aku dah pernah makan kat restoran ni tapi di outlet kat Pavilion.  so aku fikir tak payahlah aku buat apa-apa review untuk food dia ya.  mungkin korang boleh google kat internet je.



itu jelah nak cerita.  terima kasih sebab sudi singgah.  jangan serik singgah lagi ya  (^_^)

lama jugak berfikir kenapa aku tak 'sempat' guna voucher tu.  mungkin masa beli tu hati aku tak ikhlas kot?  masa tu hati aku sedang marah atau berprasangka kot?  astaghfirullah al'azim.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...