Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 22, 2014

hari keputeraan Abah

Sabtu lepas birthday FIL.  setakat hari tu, belum ada plan among the siblings nak bawak abah pergi mana.  since every Saturday memang kitaorang berkumpul di Sri Melaka, so last Saturday we celebrated abah’s birthday secara sederhana, tetapi meriah.


seperti biasa, kalau ada event kat Sri Melaka ni, memang jarang cukup quorum.  tak hairan pun sebenarnya.  tapi kalau cukup quorum, itu memang pelik.  huhu!  apa-apa pun, majlis tetap diteruskan.

tak sabar nak celebrate nampak... ^_^

masa kitaorang sampai, aku tengok banyak makanan yang MIL masak.  ada laksa, nasi himpit + kuah kacang serta rendang daging.  itu belum termasuk lauk-pauk yang lain lagi ~ kari ikan, sambal tumis ikan bilis, sup sayur, ikan goreng, ulam-ulaman serta sambal tempoyak.


Boy dah siap beli kek.  so pukul 5.30 petang, kedengaran lagu “Allah selamatkan kamu” dinyanyikan di salah satu blok Sri Melaka.  pitching sedikit lari, tapi agak harmoni.  hahaha!!!


kek yang Boy beli tu kek coklat.  sedap, moist dan kurang manis.  each of the family siap tapau satu slice lagi bawak balik rumah.  alhamdulillah.


petang tu jugak Boy buat pizza untuk seisi keluarga.  pandai tau my BIL buat pizza.  kreatif pulak tu.  kena belajar dari dia nampaknya.  sementara Boy buat pizza, Qila masak garlic bread.  ha…  dah elok sangatlah tu.  memang padan  ^_^


pizza & garlic bread tu pun sebenarnya sebagai snack tambahan kepada makanan yang dah sedia banyak kat rumah MIL hari tu.  ada kacang kuda rebus, keropok serta buah-buahan.  memang kenyang lah kitaorang.  alhamdulillah.


note to FIL :  selamat hari jadi Abah.  Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa di dalam lindungan Allah hendakNya.  Aamiin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...