Saturday, April 12, 2014

Nasi Padang Ummi

hari Khamis lepas aku dan mr. hubby ke Seremban.  ada hal sikit.  bertolak sama waktu macam nak pergi kerja, kami sampai di Seremban pukul 9.00 pagi.


we drove toward Wisma Persekutuandah lama aku tak lalu kat area ni.  teringat zaman sekolah...  Pak Kedin & Induk Yam dah menunggu seperti yang dijanjikan.  kami teruskan urusan apa yang patut dan semuanya selesai lebih kurang pukul 10.30 pagi.


we hadn’t had our breakfast since we left the house.  masa tu, perut sudah mula mintak diisi.  so mr. hubby pun bawak aku pergi makan kat satu restoran ni.


tiap kali kalau ke Seremban ikut jalan LEKAS, mesti lalu restoran ni.  berkali-kali cakap nak singgah, tapi tak singgah-singgah jugak.  and finally, we visited the restaurant last Thursday.


nama restoran tu Restoran Nasi Padang Ummi.  makanan minang lagi uollzzz  ^_^  bukan setakat makanan minang je, makanan melayu pun ada jugak.


aku tengok banyaknya lauk!  sampai tak cukup tempat nak letak kat rak display tu.  suka hati aku.  rasa tak sabar nak menjamah makanan dia sebab banyak lauk-pauknya citarasa aku.  yeah!!!

mine  ^_^


since kitaorang cuma berdua je, mr. hubby kata tak payahlah makan berhidang.  makan ala nasi campur je.  ok, no problem.  cuma mr. hubby tambah satu mangkuk gado-gado.


aku order jus avocado dan share berdua.  jus avocado tu sedaplah.  first time aku cuba.  orang restoran tu buat pekat.  mungkin sebab dia bubuh ais kurang kot.  tapi memang sedap.  tak tau pulak berapa harga dia.


pada pendapat aku lah kan, makanan dia memang sedap.  rasa macam masakan di rumah.  even mr. hubby pun kata it's better than Garuda & Sari Ratu.  memang terbaeklah!


restoran tu simple je, tapi bersih.  takde decoration yang gah, cuma ada plak rumah minang di tepi tv.  dan takde aircond sebab restoran tu takde pintu.  kira fresh air lah.

cuti-cuti pun kena buat kerja.  untuk anak & isteri ya Bang?  ^_^

so kalau ada sesiapa yang berhajat nak mencuba, bolehlah datang ke Seremban.  restoran tu terletak di No. 9, Jalan Tun Dr Ismail, Seremban.


next time kalau ke Seremban, kami takkan teragak-agak nak singgah lagi di sini  ^_^


2 comments:

  1. Terima kasih.

    Insya Allah akan singgah walaupun isteri dan anak-anak tidak suka masakan Padang

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Ujang, terima kasih sbb singgah blog ni.
      Kat situ bkn masakan Padang je, masakan Melayu pun ada jugak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...