Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 8, 2014

birthday luncheon

disebabkan trip ke Melaka sabtu lepas, birthday celebration aku ditangguhkan.  tak kisahlah tu.  takde hal pun.  yang penting ada.  hehe…

sebenarnya bukanlah nak celebrate gah sangat pun.  pernah ke korang tengok aku celebrate dengan gilang-gemilang?  tak pernah kan..?  selalunya celebrate dengan pergi makan je lah pun.


tahun ni, aku takde plan nak celebrate kat mana-mana restoran.  tak seperti tahun-tahun sebelumnya.  tak tahu lah kenapa.  mungkin idea tu terbantut sebab family day SLC kot.  huhu!!!

since we were on leave yesterday, barulah semalam kitaorang celebrate.  kitaorang malas nak keluar ke bandar.  nak tempuh jam satu hal.  nak cari parking satu hal lagi.  so we ended up makan kat Ampang Point je.


after a short discussion, mr. hubby took us to Restoran Sari Ratu di Jalan Mamanda 9.  ia menarik minat aku & mr. hubby nak ke situ sebab kitaorang belum pernah makan di restoran tu lagi.

restoran ni menghidangkan makanan Indonesia, seiring dengan tagline nya iaitu ‘Authentic Nasi Padang’.  masuk je restoran tu, waiter tu dah siap-siap suruh kitaorang order lauk sebelum cari tempat duduk.


tak done orang nak pikir menu!  aku & dina pun terus je order apa yang kitaorang nampak menarik.  sambal tempe, dendeng balado, sambal hijau, kerepek kentang & ayam goreng special.  mr. hubby pulak order gado-gado.


air kitaorang order 2 gelas je ~ jus mangga & teh o ais.  dendeng balado tu dagingnya digoreng biasa je, tapi bila dihidang, dia letak lada merah kat atasnya.  jadi lah dendeng balado.


ayam goreng tu pulak dipanggil ayam goreng special.  fuyoo… nama tak boleh blah.  tapi pada aku, itu ayam goreng berempah.  yang buat sedap ialah serbuk rempah ataupun serdak ayam goreng tu  ^_^


apa-apa pun, family outing macam ni memang priceless, especially bila meraikan hari jadi, tentu kita nak dikelilingi oleh orang-orang tersayang kan?  sampaikan dina pun ambik cuti peristiwa sendiri.  hehe…!

Alhamdulillah.  terima kasih Allah di atas rezekiMu ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...