Monday, April 7, 2014

Stone Legend Cheras Family Day

sabtu lepas kitaorang ke Melaka untuk family day Stone Legend Cheras.  jangan main-main, legend-legend kat Cheras ni ada persatuan uollsss.  nak tau lebih lanjut, korang boleh tanya mana-mana member SLC ya.  tapi tanya pasal SLC saja ya cik puan, bukan pasal mende lain.  hehe...

kitaorang bertolak awal sebab tak nak hadap jam.  sampai di Cheng, Melaka lebih kurang pukul 11.00 pagi.  since kitaorang tak breakfast lagi, kami pun singgah di Tesco untuk breakfast dan beli barang serba sikit.  tak sah tak beli barang kalau menyinggah kan?


pagi tu kitaorang breakfast kat Secret Recipe.  berjalan punya jauh cari Secret Recipe jugak?  ermm...  mr. hubby kata ni birthday pre-celebration.  hehe...  kira oklah tu.  disebabkan hujan + sejuk + lapar, memasing order tak hengat!!!

spring in Melaka ^_^

dari Cheng, kami ke Masjid Tanah seterusnya ke Pangkalan Balak.  alamat dah ada.  walaupun guna Waze, kitaorang sesat jugak.  berpusing-pusing kat area yang sama.  patutnya kat tepi laut.  rupa-rupanya, alamat tu salah.  patutlah kitaorang sesat!  destinasi Waze sampai kat kampung belakang pekan.  mana nak nampak laut macam tu.  ishhh!


kitaorang stay di Kemunting Beach Resort di Pantai Padang Kemunting.  ramai jugak members SLC ni.  ditambah pulak dengan family masing-masing, memang ramai, gamat & meriah.  dan acara pertama pada petang tu ialah sukaneka.




sebelum diaorang start, aku strolled kejap kat tepi pantai sorang-sorang.  mr. hubby sibuk sebab dia AJK.  dina pulak participate dalam sukaneka.  so kena pandai-pandailah bawak diri.  ya tak?  selesai sukaneka, memasing bersiap untuk solat maghrib dan dinner.


malam tu kami dinner bukan dekat resort.  tapi kat rumah one of SLC members which is 10-15 minutes from the resort.  memang banyak makanan.  dengarnya pot luck.  ada nasi goreng, mee goreng, roti jala, kek, cheese tart, kuih-muih, dan lain-lain serta buah-buahan.  bbq pun ada.  antaranya kambing, ayam, skewers, etc, etc.


lepas makan, acara exchange of gift.  part ni best sebab each family kena prepare satu gift yang harganya RM20 ke bawah.  nasiblah siapa dapat siapa punya dan dapat apa.  yang dapat gift sendiri pun ada jugak.

ni lah gift yang kitaorang dapat

selesai exchange of gift, ada members yang balik ke resort.  kitaorang tak balik lagi sebab mr. hubby nak berkarok pulak.  bilik karok yang ada kat situ memang awesome, i tell you..!


selain boleh berkarok, boleh jugak tengok movie ataupun dengar live band.  biliknya pun kalis bunyi.  gamat dowh, especially bila karok lagu dangdut.  goyang Inul pun keluar!!!

gandingan mantop!  ^_^

*************************


the next morning, mee hoon & sandwich were available during breakfast.  lepas breakfast, acara penyampaian hadiah sukaneka.


seterusnya, acara bebas hingga waktu lunch.  atau lebih ringkas lagi, acara borak-borak.  legend-legend ni kalau dibiarkan berborak, tak tidur pun takpe.  sesapa yang nak lebih adventure, boleh naik ATV yang disediakan.  mainlah sampai lebam.  memang ada yang lebam-lebam ponnn!


kami lunch di tempat yang sama waktu dinner malam sebelumnya.  lepas lunch, ada members yang balik. dan ada jugak members yang tak balik tu sebab diaorang tak sempat berkarok malam sebelumnya.  kira macam terlepas peluang keemasan lah.  kata kilauan emas.  huhu!!!


kitaorang pun tak balik terus sebab mr. hubby nak sambung berkarok.  tak puas nyanyi lettew!  bila mr. hubby dah nyanyi 4-5 lagu, barulah kitaorang beredar.

lagu Saleem satu!  ^_^

dalam perjalanan balik, kitaorang singgah di Teluk Kemang untuk minum petang.  then bila sampai Seremban, singgah pulak di Kg Lobak Thai Seafood & BBQ.  makanan kat situ sedap tau, highly recommended.  tapi ikut tekak aku lah, orang lain mungkin tak suka.  kitaorang tapau je.


apa-apa pun, it was a fun event.  walaupun aku cuma kenal family Man & Iza je kat sana, it was still enjoyable.  legend-legend ni kelakar.  tapi bila bukak je mulut, macam nak bergaduh.


pun begitu, aku dapatlah kenal 3-4 orang kenalan baru, walaupun aku tak sempat nak tanya nama diaorang.  hehe...  ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...