Saturday, March 1, 2014

santai-santai utara ~ part ii

laa... punyalah lama nak update sambungan hari tu.  dah seminggu!  sorry friends, busy lah.  so here you go...  ^_^

**********

the next morning we had breakfast at the hotel.  masa kitaorang turun ke cafe, food masih ada.  cuma makanan tu dah sejuk sebab tinggal kitaorang je penghuni hotel yang belum breakfast lagi.


foodnya tak banyak jenis, tapi bolehlah untuk buat alas perut.  nasi goreng, spaghetti goreng, sausages, dumpling, bread, fruits, and sausages,  to name a few.  lepas makan, kami bersiap untuk balik.


dalam perjalanan, kami singgah di Sungai Dua, Butterworth.  mr. hubby ada mentioned masa kitaorang lalu situ hari sebelumnya.  kat Sungai Dua ni, makanan yang popular ialah mee udang.  ada ternampak a few restoran menjual mee udang.  mostly kedai-kedai tu berniaga waktu malam dan kami pun tak tau mana satu kedai  yang best.


bila search kat internet, ada beberapa restoran sebagai rujukan.  nampak satu restoran tu beberapa artis pernah singgah dan ambik gambar.  since kitaorang pun tak tau mana restorana yang sedap, kitaorang pun singgah je kat kedai tu.


nama kedai tu Restoran Aur Gading.  masa tu baru pukul 11.30 pagi.  sebenarnya, kitaorang pun belum rasa lapar lagi.  saja je merasa food kat situ.  so aku pun order mee udang dan mr. hubby order sup ekor.  dina tak nak makan apa-apa.



food dia ok, boleh jamah.  so-so je lah.  kalau nak compare, aku prefer mee udang Mak Jah lagi.  hehe...  tapi itu ikut selera masing-masing lah kan.  mungkin orang lain suka.  tepuk dada, tanya selera.


dari Sungai Dua, kitaorang singgah pulak kat Jeruk Madu Pak Ali di Seberang Jaya.  macamlah takde jeruk kat KL kan.  saja je singgah.  kalau orang tanya, bolehlah bagitau kita dah pernah pergi.  hehe...


dari situ, kami cuma singgah sekali je lagi di R&R Gunung Semanggol untuk bersolat.  then terus shoot ke KL.

syok jugak bila pergi short trip ni.  selain tukar angin, taklah asyik tengok pemandangan yang sama je tiap minggu  ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...