Thursday, February 20, 2014

Paddington House of Pancakes

dina tak sihat sejak hari ahad lagi.  masa tu dah nampak tanda-tanda nak kena flu.  mr. hubby pun dah bagitau, kalau tak sihat, tak payah pergi sekolah.  terus dina tak nak pergi sekolah kelmarin.  pantang sebut!

so last tuesday aku ambik cuti sebab nak bawak dina jumpa doctor.  sementara tunggu giliran, aku tengok elok je si dina, siap gelak-gelak lagi.  tak macam orang sakit pun.  auta je budak ni!

nampak sihat je...

lepas jumpa doktor, kitaorang tunggu untuk dapatkan surat doktor & description untuk ubat.  tapi ntah apa sebabnya, lama sangat nak dapat confirmation dari MiCares.  perut dah lah lapar.  hangin betul aku!

so aku & dina pun blah pergi Ampang Point.  lagi pun, mr. hubby dah tunggu kitaorang kat sana sekembalinya dari Melaka.  lepas makan karang aku pergilah semula ke hospital.


sesampai kat Ampang Point, terus cari kelibat mr. hubby.  masa jumpa mr. hubby, kebetulan pulak lalu kat satu cafe ni.  cafe ni masih baru lagi.  nampak macam menarik je.  apa kata kita cuba?  (^_^)


nama cafe tu Paddington House of Pancakes.  dina dah pernah mentioned nama cafe ni kat aku.  dia ternampak masa pergi Ampang Point dengan mr. hubby 2 weeks ago.


cafe tu specialtynya ialah pancake.  mostly makanan kat situ berasaskan pancake, tapi diolah dengan sangat cantik, baik serta sedap.  tapi ada gak makanan kat situ yang takde mengena dengan pancake.



anyway, we ordered Wedges & Fries as an entree.  for main dish, dina & i had Creamy Tomato Spaghetti and California respectively.


mr. hubby tak order main dish.  he ordered Strawberry New York Cheesecake from the desserts list instead.  and also Oasis and ice lemon tea.


for us, the food memang sedap.  terbaeklah!  highly recommended.  kalau tak silap, cafe ni ada a few branches kat KL dan Selangor.  you may wanna check their website or facebook.


for me, cafe tu very cosy.  since it is situated on the 4th floor, lokasi tu agak kurang sibuk ataupun bising.  sangat sesuai untuk bersantai.  decorationnya pun simple tapi comel.  less is more!


dina happy je masa makan kat situ.  bersuka-ria nampaknya.  terus hilang demam.  esok dah boleh pergi sekolah ya anak.

i really treasure an impromptu family luncheon like this... 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...