Monday, February 3, 2014

a wedding invitation

sabtu kelmarin kami ke Kangar, Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan.  yang kahwin ni, anak kepada kawan mr. hubby masa dia kerja kat Perlis tahun 2003-2004.  kawan mr. hubby ni pernah menolong serba sikit masa mr. hubby mula-mula transfer ke Perlis dulu.

seawal jam 8.00 pagi kami bertolak dari rumah.  kalau ikut plan asal, mr. hubby nak bergerak terus sesudah subuh.  ko mampu?  aku tak mampu hokey!!!  ^_^


mengikut perkiraan mr. hubby, sepatutnya kitaorang boleh sampai pukul 2.00 petang.  tapi disebabkan ada a few minor accidents dan traffic jam di beberapa tempat, kitaorang sampai rumah pengantin pukul 4.00 petang.

alhamdulillah, takde kejadian yang tak diingini berlaku.  dan mujur jugak sebab majlis tu jamuan makannya bermula dari pukul 12.00 tengahari - 6.00 petang.

Mr. Hubby & Bapa Pengantin

selain makan nasi beserta lauk ayam masak merah, kurma daging pajeri nenas + ikan masin serta satu lagi lauk {tak ingat lauk apa}, kami juga dihidangkan dengan laksa, kuih apam balik serta limau gong xi fa cai. ni lah first time aku pergi rumah orang kahwin ada kuih apam balik.  hehe...

kitaorang tak lama kat rumah pengantin.  kami ke Mata Ayer pulak sebab mr. hubby nak menziarah sorang lagi kawan baik dia yang dah lama tak jumpa.  kat situ pun kami tak lama jugak.  about half-an-hour, we made our way to Alor Setar.


we decided to stay overnight di Alor Setar instead of Perlis malam tu.  bukan apa, rasa macam perjalanan tu dekat sikit bila nak balik nanti.  hehe...  and we chose Holiday Villa City Centre.

sebenarnya, kalau boleh aku nak pilih hotel lain.  tapi disebabkan raya cina, hotel yang aku nak tu dah fully booked.  frust aku.  anyway, Holiday Villa ni ok jugaklah.  located in the city centre and ranked at no. 12 di Tripadvisor.


malam tu kami dinner kat gerai kaki lima.  kitaorang makan goreng-goreng je ~ mee goreng, kuey teaw goreng & maggie goreng.  agak basic, digoreng dengan telur & taugeh je.  sayur lain takde.  pastu ditambah dengan 3 ekor udang.  ingatkan kot murah, rupanya sama je harga dia macam kat KL.

lepas makan, kitaorang singgah kat Tutti Frutti untuk desserts.  satu yang aku notice kat Alor Setar ni ialah kedai-kedainya tutup cepat.  walaupun bandar ni boleh dikira besar, pukul 8.30 malam banyak kedai yang dah tutup.  atau mungkin sebab raya cina kot.  entahlah!


balik ke hotel malam tu kitaorang tidur awal.  penat sangat.  lagi pun esoknya dah nak balik.  mr. hubby kena cukup tidur dan cukup rehat.  zzz....

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...