Tuesday, February 4, 2014

a wedding invitation ~ part ii

bangun pagi tu rasa fresh jugaklah.  mungkin sebab malam tadinya terlampau penat.  so malam tu tidur mati kot.  tu pasallah fresh.  hahaha !!! 


 anyway, pagi tu kitaorang breakfast kat hotel since it was included in the room price.  food dia oklah, quite filling jugak walaupun tak banyak variety.  lepas berkemas, kitaorang terus checked-out walaupun baru pukul 11.30 pagi.


dari Alor Setar, kami menuju ke Gurun.  mr. hubby nak bawak kitaorang makan kat satu restoran yang dia pernah terbaca artikel kat suratkhabar.  yang paling popular kat restoran tu ialah ikan bawal goreng.


sebenarnya, tak susah nak cari sebab restoran tu terletak tak berapa jauh dari toll exit.  tapi disebabkan kitaorang nak cepat sampai, adalah 2-3 kali tersesat.  last sekali barulah jumpa.  itu pun selepas kali kedua melalui jalan yang kitaorang dah lalu sebelumnya.


nama restoran tu Top D’Gurun.  bila aku tanya mr. hubby masa sedang pusing-pusing cari restoran tu, dia tak ingat pulok.  restoran tu bolehlah dikatakan tu menjual nasi berlauk.  lauk memang banyak.  penuh meja.


ikan lah yang paling banyak, samada dimasak secara goreng, bakar, sambal atau gulai.  ayam, daging, ikan masin, telur & sayuran pun ada jugak.  tapi main dishnya ialah ikan.  masa kitaorang kat situ, food yang sedang mendidih dalam kawah kecil pun ado.


restoran ni konsepnya layan diri.  ko ambik nasi, pastu ambiklah mana-mana lauk yang ko suka.  nanti akan ada orang menyusul dan bagi harga kat ko.  tu je kaedahnya.  by the way, harga teh ‘o’ ais 5 kupang hokey!  siap promo kat depan restoran lagi.  so tak payahlah susah-susah nak fikir dah.


dari Gurun, kami bergerak balik ke KL.  perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 5-6 menjadi 9 jam.  mana taknya, setiap kali menghampiri R&R, jalan jam.  just imagine berapa banyak R&R dari Gurun ke sini.


jam paling teruk kat Perak.  Bukit Gantang – Sungai Perak -Terowong Menora - Kuala Kangsar.  Simpang Pulai – Sungkai.  Tapah – Slim River.  apa barang???  bukan setakat punggung je kematu tau.  pinggang pun sakit jugak sebab duduk lama sangat.  stress mak!


tapi aku tau mr. hubby lagi stress sebab dia yang drive.  aku seboleh-bolehnya nak elakkan daripada tidur supaya boleh temankan mr. hubby berbual.  tapi ada masa tu aku melayang jugak.  susah nak ajar mata ni!  i’m sorry mr. hubby  :(

kalau boleh, nak elakkan cuti-cuti malaysia pada musim perayaan.  serik dowh!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...