Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 26, 2014

masterchip

since bukak sekolah awal bulan hari tu, tak banyak aktiviti keluarga yang kitaorang buat.  agak sibuk dengan rutin harian.  so takde cerita yang major nak dikongsikan kat blog ni.


post untuk kali ni pun aktiviti ahad lepas.  kisahnya si dina.  dari minggu sebelumnya sibuk nak memasak.  ntah apa yang dimasaknya, ntah ler.  siap cakap dengan aku, “nanti kita masak sama-sama ya mama”.  ya lah tu, 'sama-sama'.

dina google resepi kat internet.  nak buat baked macaroni rupanya.  siap suruh aku beli mana-mana ingredients yang takde kat rumah.


aku pernahlah buat baked pasta ni dulu.  dululah…, dah lama dah.  resepinya pun aku tak tau dah campak ke mana.  ya lah kan, resepi dengan aku bagaikan isi dengan kuku.  hehe…

so ahad lepas dina pun memulakan aktiviti masterchef nya.  memula dia kacau pasta dalam pot sampai lembut.  lepas tu dia potong button mushroom.  then dia cairkan butter.


pastu dia carik-carik kan cheese.  kitaorang guna slice blackpepper cheese sebab dina dah tersalah pilih resepi.  last sekali dia gaul semua bahan-bahan kat dalam pot tu sebelum dibakar.


chef dina ni dah tersalah pilih resepi.  suka-suka je nak alter lepas tu.  dia ambik resepi carbonara, tapi nak masak bolognese.  apa citer?  aduyai…!  sabar je lah.


ha, dah siap pun baked macaroni dari chef ni.  jemputlah...!  ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...