Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 15, 2014

SukaSucre | Fazley Yaakob | GambaCafe

sejak Dato' Fazley keluarkan manisannya sendiri, aku memang teringin sangat nak rasa.  manisannya yang diberi nama SukaSucre {Suka = suka; Sucre = Gula in French} itu, setahu aku merangkumi macaron, vanilla creme brulee, kekonut dan chocolate cake.

tapi bukan senang nak dapat manisan tu.  setakat ni, ia hanya available di beberapa buah cafe je kat semenanjung malaysia ni.  kat lembah kelang, ia boleh didapati di The Sumbs Cafe, Shah Alam.


masa pergi shah alam hari tu, aku memang plan nak singgah The Sumbs Cafe.  tapi kebetulan pulak kat cafe tu ada private function masa tu.  dia tutup dari tengahari sampai lewat petang.  so tak jadilah nak singgah.

bila aku dapat tahu sukasucre akan available Taman Melawati, punyalah excited.  dah tak payah pergi jauh-jauh semata-mata nak dapatkan sukasucre.  dah dekat sangat dah ni.


so sempena cuti Maulidur Rasul semalam, kitaorang pun ke Taman Melawati.  kat sana, sukasucre is available at GambaCafe.  buat sesapa yang tak tau, it is actually located on the ground floor of Gaya Apartment in Lorong Kelantan.


masa kitaorang sampai GambaCafe, cuma satu je meja yang diduduki pengunjung.  after a few moments, baru ada pengunjung yang lain.  mostly diaorang suka duduk kat bahagian luar.  kitaorang suka duduk kat dalam sebab ada aircond.  hehe..


plan asal nak minum petang je.  tapi alang-alang dah sampai situ, apa kata kita cuba food GambaCafe ni?  nampak macam menarik.  lagi pun, tak salah mencuba kan...  ^_^




we ordered New York Pizza, Club House sandwich dan mushroom soup with bread.  for drinks kitaorang order honey lemon tea, ice lemon tea dan apple juice.


pada pendapat aku, food kat GambaCafe ni ok.  boleh tahan.  aku suka club house sandwich tu sebab banyak isi serta kurang sayur.  aku bukan penggemar sayur, hokey.  cuma new york pizza tu agak pedas bagi aku.  tak payah tambah Tobasco pun dah pedas dah.


kitaorang pun order jugak a slice of chocolate cake by sukasucre.  aku rasa, chocolate cake ni dibuat mengikut resepi lagu  'Coklat Kek' tu lah.  "chocolate cake, chocolate cake, hanya sesuap coklat di bibir terukir, aku terfikir-fikir"  hehe...


suasana kat restoran tu sangat cozy.  furniture serta decorationnya pun comel-comel.  mungkin waktu malam ada live band perform kat situ kot sebab ada ruang serta instruments untuk live band diletakkan di situ.  pendek kata, memang santai habislah.


masa buat payment, sempat beli a few macarons serta kekonut for takeaway.  semuanya sedap.  yang paling sedap ialah macaron yang color oren tu.  it is banana flavour.  sedap sangat tau!  highly recommended.  ^_^


lepas ni nak cuba food kat The Sumbs Cafe pulak  *wink*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...