Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 2, 2014

salam sinar 2014

diam tak diam, dah 4 tahun lebih aku share cerita-cerita aku yang boleh dikira personal kat blog ni.  share di sini bermakna ia dibaca oleh setiap insan yang singgah di sini.  bukan setakat cerita peribadi, malah gambar sekali.

sebenarnya, nak share cerita personal ni agak risky.  ya lah kan, bercerita kepada orang yang tak dikenali.  cuma kita berdoa dengan Allah agar dijauhkan dari perkara-perkara yang tak diingini.  tapi aku tau followers kat blog ni baik-baik belaka kan?  ^_^


apa-apa pun, aku berterima kasih pada semua yang sudi singgah kat blog picisan aku ni.  terutama sekali kepada silent readers.  walaupun korang tak follow blog ni, aku tau ada yang ternanti-nanti update dari aku.  eceh!  perasan!  kalau ada yang tak dapat contact aku, baca blog ni korang taulah aku di mana dan buat apa.  ya tak?

last but not least, happy new year 2014.  semoga tahun baru ini menjadikan kita insan yang lebih baik dan dijauhkan dari sifat sombong dan iri hati.  serta diberkati Allah swt sentiasa.  amin.

assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...