Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 7, 2014

dejavu di kinabalu

sempena tahun melawat malaysia 2014, kami memulakan tahun baru ni dengan kembara ke Kota Kinabalu.  kena support negara sendiri kan.  sebenarnya takde budget nak pergi overseas.  hehe...

ni adalah kali kedua kami sekeluarga ke KK.  kali pertama dulu tahun 2002.  masa tu umur dina baru 3 tahun.  kalau tanya pun, dia dah tak ingat.


sebenarnya, idea ke KK ni datangnya dari si Boy.  masa booking flight dulu, kitaorang booked time departure yang sama.  tapi entah macam mana flight diaorang delayed ke pukul 2.05 petang.  so kitaorang fly dulu lah.


sampai di airport, kami tidak terus ke hotel.  since Boy dah buat transport arrangement, kitaorang pun tunggu diaorang kat airport.  sementara menunggu tu, kitaorang buatlah apa-apa yang patut.  melayari internet tu wajib.  kalau tak pun minum kopi.  mr. hubby siap charge handphone lagi.  huhu!


bila troop yang lagi satu sampai, transport dah siap menunggu.  so kitaorang pun terus menuju ke tempat penginapan.  kitaorang stay kat Marina Court Resort Condominium.  tempat ni memang strategic, betul-betul tengah bandar.  convenience store, night market, restoran, shopping mall, etc. semuanya within walking distance je.


malam tu kami ke Filipino Market untuk dinner.  ia terletak di Jalan Tun Fuad Stephens.  pasar ni macam pasar malam kat tempat kita jugak.  cuma ia bukan setakat menjual barangan tempatan yang basah & kering je.  kat sebelah hujung pasar tu ada pulak gerai-gerai menjual makanan.  mostly gerai menjual seafood.


seperti yang kita tahu, KK is famous for its seafood.  in fact, itulah agenda utama kitaorang sebenarnya  ^_^  tapi yang tak syoknya, kat area menjual seafood tu penuh dengan asap.  mana tak nya, diaorang bakar kat situ jugak.  sampaikan satu badan dah berbau asap.


so apa lagi, kitaorang pun pilih tempat yang jauh sikit dari tempat yang banyak asap.  bukan apa, pedih mata bila kena asap tu.


dengan segala hormatnya, tugas memilih apa seafood yang hendak dimakan diserahkan kepada adik & abang.  so malam tu kitaorang makan ketam masak cili, sotong bakar, ikan merah stim halia serta udang masak butter.  untuk 8 orang makan, below RM200.  berbaloi sangat!  ^_^

lepas makan, kami terus balik ke hotel.  esok nak berjalan agak jauh sikit.  so kena rehat banyak-banyak.

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...