Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 29, 2013

retail therapy

semalam, entah kali yang ke berapa aku keluar dengan qila.  dina pun ikut sekali.  plan asal macam biasalah, nak ke seksyen 7 shah alam.  tapi sebelum tu nak singgah di USJ Sentral sebab aku nak pergi satu butik ni.


dah lama aku plan nak pergi butik Closet Heart.  sejak sebelum puasa lagi.  patutnya nak pergi dengan Suhada, tapi plan asyik tak jadi.  last-last aku ajak qila dan dia pun ok.

Photo credit to Closet Heart

Closet Heart ni adalah butik yang menjual pakaian muslimah ~ tudung, shawl, jubah, blouse, skirt, etc.  aku dapat tau pasal butik ni pun melalui facebook.  pernahlah jugak beli secara online.  pada aku, material serta quality product dia sangat  memuaskan.  highly recommended.

siapakah yang berbaju merah itu?  ^_^
Photo credit to Closet Heart

masa kitaorang sampai situ, keadaan masih lengang.  belum ramai lagi orang datang.  so aktiviti untuk mendapat hasil tangkapan dapat dijalankan dalam keadaan tenang.  hehe..!


masa aku nak buat payment, aku macam kenal je girl yang jaga cashier tu.  rupa-rupanya, itulah model Closet Heart.  terus je aku request nak ambik gambar dengan dia.

sebelum ke shah alam, kitaorang makan dulu refreshments yang disediakan oleh Closet Heart.  ya lah kan, lepas tu nanti banyak lagi butik yang nak diterjah sebelum kitaorang berehat untuk lunch.  hehe..!


sesampai di shah alam, terus ke butik Dreemika.  diikuti dengan Radiusite, Sugarscarf, Uyyun, El Zahraa dan Cala Qisya.  mungkin sebab dah terbiasa, memang inilah antara butik-butik yang kitaorang takkan miss.

by the way, butik Uyyun tu baru je beroperasi.  qila tanya sejak bila butik bukak.  and the girl answered, "baru 4 hari".  ohhh... masih baru lagi.  takpe dik, teruskan usaha.  kalau panjang umur, kami datang lagi.  insya'allah.


untuk merehatkan mata dan kaki, kami singgah di Secret Recipe untuk makan tengahari.  dah pukul 1.00 tengahari dah pun, patutlah lapar.


lepas makan, kami ke Alam Avenue.  dina yang request nak datang ke sini sebab dia nak pergi butik Sincerely by Us.  tapi apa yang dia nak beli takde.  dah habis.  kesian dina.  so dia cuma beli pencil case je kat SBU.


kami ke butik Lolalovelyshop pulak.  mana tau kalau-kalau barang yang dina nak tu ada kat situ.  pun takde.  hampa sungguh dia.  takpe, nanti mama beli online je ya.

Dina & kawan-kawan  ^_^

butik yang terakhir kami singgah hari tu ialah MinimaLace.  butik ni baru je dibuka, lebih kurang sebulan.  sebelum ni dia cuma beroperasi melalui online je.

Photo credit to MinimaLace

MinimaLace ni pun menjual pakaian muslimah jugak.  aku nak sangat pergi butik ni sebab baju dia cantik-cantik.  nak beli secara online takut tersalah size pulak.

Photo credit to MinimaLace

kitaorang je customer MinimaLace masa kitaorang sampai kat situ.  tak lama lepas tu, ada orang datang nak ambik baju tempahan.  so aktiviti memancing tersangatlah aman..  hehe...


dari shah alam kami terus shoot ke cheras.  mr. hubby dah pun menunggu di sana.  and to qila, thank you so much dear.  you're truly a partner in crime.  i owe you a lot, pal.

tidur dengan senyuman.  semua yang diidam dalam genggaman...  ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...