Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 8, 2014

dejavu di kinabalu ~ part ii

selepas sarapan esoknya, seawal jam 10.00 pagi, kami berlapan bergerak meninggalkan apartment.  ke mana tujuan?  Gunung Kinabalu.  haa??!  biar betul.  kenapa?  tak percaya?  hihihi!


perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke destinasi iaitu Kundasang.  terletak di dalam daerah Ranau, ia merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu.  the journey from KK did become mountainous gradually but very scenic.


sepanjang perjalanan, kelihatan pemandangan yang indah dengan rumah-rumah yang kelihatan seperti kotak di lereng bukit.  di sepanjang perjalanan terdapat banyak gerai menjual sayur-sayuran seperti terung, timun, lobak, kobis, dan sebagainya.

pertanian merupakan sumber pendapatan utama kepada penduduk di situ.  dengan cuaca yang segar, tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah itu.  malangnya, takde sorang pun daripada kitaorang yang beli sayur.  hahaha!!!



di pekan yang berketinggian 2,000 kaki dari paras atas laut tu, kitaorang melawat Kundasang War Memorial & Gardens.  untuk info yang lebih details, korang boleh google kat internet ya.


kat war memorial park tu ada 4 gardens ~ Australian Garden, English Garden, Borneo Garden dan Contemplation Garden.  aku tak tau pun ada sampai 4 garden kat situ.  dah balik ni baru aku tau.


maka, natijah dari ketidaktahuan itu ~ kitaorang tak pergi pun Borneo Gardentu lah kan, kalau melancong ke luar negeri, bukan main lagi google sana, google sini.  tapi kalau dalam negeri, search ala kadar je.

kesemua taman yang kitaorang singgah tu dijaga dengan baik.  cuma kat Contemplation Garden tu, masa kitaorang sampai, poolnya tu baru lah nak diisi air.  sudahnya bila ambik gambar, nampak tak cantik.  nampak kan gambar kat atas tu?



kat situ jugak ada dijual barangan cenderamata seperti poskad, key chain serta fridge magnet.  sempatlah beli beberapa souvenir untuk member office.


dari pekan Kundasang, kami seterusnya ke Kinabalu Park.  ia adalah taman negara yang pertama di Malaysia.



kalau nak mendaki Gunung Kinabalu, korang akan bermuda di sini.  kitaorang tak masuk pun park tu.  setakat ambik gambar pemandangan dan kawasan sekitarnya je.


kalau tak masuk park, takkan lah nak mendaki pulak kantak payahlah nyah!  simpan je hasrat murni ko tu.  panjat tingkat 3 kat seri melaka pun dah mengah, ada hati nak mendaki gunung.  huhu!!!


kami singgah makan tengahari di pekan Nabalu.  sebuah pekan kecil yang sering dijadikan tempat persinggahan kepada pelancong-pelancong sebelum ke Kinabalu Park.


terdapat food markets di pekan Nabalu tu.  kebanyakannya menjual makanan tempatan, buah-buahan, sayur-sayuran serta snacks.  di situ juga terdapat handicraft bazaar yang menjual barangan kraftangan serta souvenirs.  macam-macam ada, tapi kena pandai tawar-menawar lah.

Photo credit to MySabah.com

Photo credit to MySabah.com

kat pekan tu jugak ada watch tower untuk melihat Gunung Kinabalu dan kawasan sekitarnya.  dengarnya, tower tu ádalah the best spot!  tapi takde sorang pun dari kami yang berani nak keluar dari restoran sebab anjing sentiasa berkeliaran di sekeliling kawasan tu.


selesai makan dan membeli beberapa souvenirs, kami bergerak pulang ke bandar KK.  sesampai di bandar, kami singgah di Masjid Bandaraya di Teluk Likas sebelum memulakan aktiviti yang lebih mencabar.



the next pit stop was Handicraft Market.  inilah aktiviti mencabar yang aku cakap tadi.  aktiviti ni mencabar bagi aku sebab perlu ada skil tawar-menawar.  aku tak pandai bab-bab macam ni.

apa je harga yang keluar dari mulut penjual, itu lah yang aku bayar.  kalau dapat tawar pun, alah… ciput sangat.  tu pasal aku suka pergi mall atau supermarket.  harga dah fixed, tak payah pening-pening.  bila sale, boleh dapat sampai 50% discount lagi.  hehe..


kat Handicraft Market ni ada macam-macam souvenirs like mutiara, jewellery, bamboo goods, seashell crafts, textile dan macam-macam lagi.


anyway, mil nak beli pearl jewelleries.  fil pulak nak beli dried seafood.  yang perempuan ikut mil so aku tak tau macam mana fil punya bargaining skill.  mr. hubby & boy bawak haluan masing-masing.  last sekali semua berkumpul kat tempat mil nak beli mutiara tu.


then we headed to a night market behind Le Meridien Hoteltakde apa nak beli pun, cuma melihat-lihat je.  the stuff sold there are almost the same as the Handicraft market.  we ended up buying nothing.


adan dah berpeluh.  apa kata kita sejukkan badan di Suria Sabah?  it is one of the shopping malls in KK.  it houses a few branded stuff like Coach, Mango & Pandora.  Qila rembat satu sweat shirt from MNG.  sempat ko nyah..!  hehe...

sapa terror?  menantu ke, mertua?  ^_^

malam tu kami dinner at the night market opposite KK Plaza.  tukang pilih menu masih sama ~ adik & abang.  menu pun lebih kurang sama jugak, cuma cara masakan je yang lain.  ada ketam masak telur asin, ikan siakap 3 rasa, sotong masak cili, kerang bakar dan kerang rebus.


sebelum balik ke apartment, kitaorang ronda-ronda sekitar bandar KK.  walaupun penat sebab berjalan sehari suntuk, gagahkan diri jugak.  esok dah nak balik.  ini je lah masa yang ada.

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...