Saturday, December 21, 2013

Starbucks

cuti tahunan tinggal beberapa hari je lagi.  aku pulak tak boleh carry forward cuti ke tahun depan.  nak tak nak, kena habiskan tahun ni jugak.  kalau tak habis, masuk je 1 Januari mesti cuti yang balance tu kena forfeit.  sabar je lah.

so semalam aku pun cuti.  takde apa-apa plan pun.  tapi menjelang tengahari tu aku dengan dina pergi ke aeon au2.  saja jalan-jalan.  tambahan pulak dina beria-ia nak pergi Starbucks.

 Photo courtesy from Starbucks Wikipedia

 aku takdelah minat sangat nak pergi starbucks ni.  bukannya apa, mahal!  tu yang kurang minat tu.  hehe...!  kalau hari-hari pergi starbucks, boleh bangkrap nyah!  tapi tu lah kan, budak-budak sekarang ni dah pandai, so ke situ je lah kiblatnya!


since kitaorang dah pernah pernah ke starbucks a few times, so aku tau lah nak order apa.  ingatkan nak order yang seasonal offerings, tapi tak available.  toffee nut dah out of stock, peppermint sprinkle pulak dah habis.  tapi tak taulah kalau kat outlet lain masih ada lagi.


so dina order Chocolate Cream Chip Frappuccino.  aku pulak order Java Chip Frappuccino without cream.  makanan kalau tengok dari display tu nampak macam sedap.  apa kata kita cuba?  ^_^  so aku pun order Mushroom & Cheese Danish.


sedaplah mushroom & cheese danish tu.  rugi pulak order satu je tadi.  makan kat starbucks tu bukanlah kenyang mana pun.  bolehlah buat alas perut.

next time kalau pergi starbucks lagi nak cuba cake atau desserts pulak.  they look yummy!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...