Monday, December 16, 2013

hat-trick

seingat aku lah kan, rasa-rasanya lah, sabtu lepas adalah julung-julung kalinya aku hadir ke 3 majlis perkahwinan dalam masa sehari.  hat-trick kata ko!  sebelum keluar rumah, dina dah siap pesan, "jangan makan banyak-banyak tau.  ada 3 wedding ni".  huhu!!!

jemputan yang pertama datangnya dari geng surau mr. hubby.  majlis diadakan di Dewan Gemilang, Risda, Jalan Ampang.


food kat situ memang terbaekkk.  cuma aku takde lah ambik gambar makanan.  kang orang ingat aku buang tebiat pulak.  tapi aku sempatlah snap gambar pelamin kat majlis tu.

jemputan yang kedua datangnya dari neighbour mil di seri melaka.  dah macam buat rancangan tuju lagu pulak.  hehe..!  untuk majlis kali ni, kitaorang di'join' oleh mil, fil, boy, qila & azrul's family.


majlis diadakan di Masjid Bukit Aman.  yang menariknya, ada dua pasang pengantin.  aku tak done nak ambik gambar pelamin sebab orang dok sibuk nak ambik gambar dengan pengantin.  tapi aku ada ambik gambar souvenir pada majlis tu sebagai bahan bukti.

majlis ketiga pulak berlangsung di Dewan Serbaguna, Perumahan Awam Desa Rejang.  masa tu hujan.  kitaorang sampai pun dah dekat time majlis tamat, lebih kurang beberapa minit sebelum pukul 4.00 petang.


kali ni kitaorang sampai hampir serentak dengan man's family.  walaupun dah hampir tamat majlis, food masih banyak lagi.  orang pun dah tak ramai, so dapatlah kitaorang makan dengan aman  ^_^

dari situ kami terus balik dan sampai rumah lebih kurang pukul 6.00 petang.  kalau ikut average, setiap majlis kitaorang spent 2 jam lah sebab keluar rumah tengahari tu pukul 12.00.  tapi rasanya majlis yang ketiga tu yang paling lama kot.  sampai time kerusi meja dah mula dikemas!

pelamin kat atas tu bolehlah kalau nak buat rujukan buat bakal pengantin ya  ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...