Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 3, 2013

jalan-jalan pantai timur (musim kedua) ~ part ii

masa bangun pagi jumaat tu, hujan turun renyai-renyai.  mungkin malam sebelumnya hujan lebat kot.  harap-harap lepas ni bolehlah nampak matahari.



sementara kitaorang bersiap nak keluar, mr. hubby pergi beli breakfast.  masa tu takde tanda-tanda hujan akan berhenti.

mr. hubby balik ke hotel dengan 2 bungkus nasi lemak, 1 bungkus nasi kerabu, 1 bungkus mee hoon goreng serta sepeket keropok.  semua sekali RM6.00.  hehe..  i loike…!

Masjid Abidin ni terletak di belakang hotel yang kami duduki

masa kitaorang sedang makan, tak semena-mena hujan lebat.  tarik selimut best ni!  tapi aku dah plan nak pergi ke beberapa tempat.  kalau tak pergi, rasa tak lengkap pulak bila dah sampai Terengganu ni.

kalau ikut plan asal, aku nak naik bas pengangkutan warisan untuk bersiar-siar.  tapi disebabkan hujan, mr. hubby suggested kitaorang naik kereta.  mana tau kalau-kalau takde bas pulak nak balik nanti.  nak-nak time hujan, takut stranded kat memana pulak.


Pintu masuk Taman Tamadun Islam

destinasti pertama pagi tu ialah Taman Tamadun Islam.  terletak di Pulau Wan Man, taman tema tu mengenengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari serata dunia.  di situ terdapat banyak replika bangunan, binaan serta masjid yang agung dan masyur.



masa kitaorang sampai kat taman tema tu, nampak ada sikit cahaya matahari.  alhamdulillah, harap-harap cuaca akan menjadi semakin baik.


Xian Mosque, China

selepas melihat beberapa replika masjid, hujan renyai mulai turun.  tapi kitaorang redah jugaklah sebab rasa hujan tu macam halus je kan.  rasa macam tak memberi impak langsung.  konon-kononya lah kan…!  :(


Sultan Mosque, Singapore

sekali hujan renyai yang halus tu bertukar kasar daa…!  laju-laju kitaorang masuk ke replika masjid yang ada theatre dan pameran.  kalau sebelum ni kitaorang skipped je mende-mende tu, tapi kali ni kena masuk jugak sebab nak berlindung dari hujan.


Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin

kitaorang tak terfikir pun nak bawak payung masa keluar dari kereta tadi.  ingatkan kalau dah hujan lebat, lepas tu dah tak hujan lagi dah.  nampaknya aku lah yang silap.  ini kan musim monsun.  sendiri mau ingatlah...

Mosque of Mohamed Ali, Eqypt

selesai melawat replika masjid, kitaorang ke kedai souvenir dan seterusnya ke restoran B'Benteng.  masa beli entrance ticket tadi, ada diberikan souvenir dan food coupon of RM2.00 each.  tu yang singgah tu.  kalau tak, boleh skip je kedai souvenir tu.  ya ke...?


masa kitaorang beli snack kat restoran B'Benteng, hujan bertambah lebat.  sampaikan kitaorang tak boleh nak bergerak ke parking.  kena tunggu reda sikit baru beredar dari taman tu.


dari taman tamadun islam, kami beredar ke Masjid Kristal.  niat nak singgah tu ada, cuma cuaca tak mengizinkan.  tengok dari luar je lah.

masih di pulau wan man.  seterusnya kami menuju ke Muzium Negeri Terengganu.  sampai kat pagar muzium lebih kurang pukul 12.20 tengahari, tapi pagar tu ditutup.  rupa-rupanya muzium ditutup sehingga selesai solat jumaat.  takpe lah, maybe next time.


dari pulau wan man, kami ke Pulau Duyung.  konon-kononnya nak tengoklah kalau-kalau ada apa-apa acara untuk Monsoon Cup.  kalau tak pun, tengoklah apa-apa yang patut.  nampak macam takde harapan.  bayang kapal layar pun aku tak nampak.  mungkin nak kena drive ke dalam lagi kot.  apa lagi, kitaorang pun patah balik.


dari pulau duyung, kami terus balik ke hotel.  dalam perjalanan ke hotel ~ hujan.  keluar makan ~ hujan.  pergi pasar payang ~ hujan.  balik dari pasar payang ~ hujan.  rasa-rasanya hari jumaat tu, tak sampai pun 15 minit tanpa hujan  :(

bersambung.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...