Sunday, December 1, 2013

jalan-jalan pantai timur (musim kedua)

bertolak seawal 8.30 pagi, kami sampai kat hotel lebih kurang pukul 4.00 petang.  punyalah jauh dan lamanya perjalanan.  punggung pun dah naik kematu.  hehe..!

khamis lepas kami sekeluarga ke Kuala Terengganu.  saja jalan-jalan sempena cuti sekolah ni.  tahun ni plan nak ke luar negara tak menjadi, so berjalan di dalam negeri je lah kita tahun ni ya :(  seingat aku lah kan, sepanjang aku hidup selama 40 tahun ni, ni lah kali keempat aku ke terengganu.


anyway, dari kl cuaca agak baik.  matahari pun dah keluar masa tu.  sampai di tanah jajahan pahang, cuaca masih baik cuma di beberapa tempat mendung dan hujan sekejap-sekejap.


di Kuantan, mr. hubby singgah sekejap di beberapa tempat atas urusan kerja.  tak lama pun, sekejap je.  thereafter, we continued our journey to kuala terengganu.


ketika memasuki negeri darul iman, matahari masih lagi kelihatan sehinggalah di Kerteh.  sampai di Paka, cuaca sedikit mendung serta hujan renyai.


ketika memasuki Marang, hujan turun agak lebat.  perut pulak lapar sebab belum makan lunch lagi.  niat nak beli jagung bakar pun terbantut.



masa checked-in di hotel, hujan masih renyai.  kami stay di DJ Citi Point Hotel.  dalam tripadvisor, hotel ni dikategorikan sebagai nombor 2 under Bed & Breakfast.  tapi hotel ni takde serve breakfast pun.  cafe pun tak wujud.


cuma yang senangnya hotel ni within walking distance to Pasar Payang, stesen bas, Bazaar Warisan, etc.  makanan pun senang nak dapat sebab depan hotel ada deretan kedai makan.  sederet dengan hotel pulak ada Secret Recipe, 7-Eleven, bank, KFC, Cool Blog, etc.


lepas checked-in, kitaorang makan kat salah satu kedai kat depan hotel.  kitaorang makan goreng-goreng je.  dari situ, kami ke pasar payang.  malangnya, waktu tu banyak kedai kat pasar dah tutup.  so kitaorang patah balik ke area hotel.


berjalan-jalan di sekitar hotel serta deretan kedai yang terdapat di situ.  singgah di 7-E untuk beli makanan keperluan.  makanan?  lepas tu singgah di Cool Blog pulak untuk menghilangkan haus.  haus ke?  bukan ke tadi baru sudah makan?  ermmm...

bersambung.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...