Thursday, December 5, 2013

jalan-jalan pantai timur (musim kedua) ~ final

bangun pagi sabtu hujan masih renyai.  aircond kat bilik pun sejuk.  rasa macam nak sambung tidur lagi.  tapi hari ni dah nak balik.  lebih baik bergerak awal supaya boleh sampai kl cepat.


masa kami checked-out, it was still drizzling.  lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami singgah di satu warung untuk breakfast.  plan kononnya nak makan nasi dagang, tapi nasi dagang dah habis.  makan je lah nasi lemak  :(


dalam perjalanan ketika menghampiri Marang, keadaan agak gelap walaupun jam menunjukkan baru pukul 10.30 pagi.  hujan renyai mulai turun dan air laut kelihatan bergelora.  sempat jugak berhenti sekejap untuk merakamkan pemandangan.  tapi tak berani nak stay lama-lama, asyik terfikir tsunami je!


tak lama dari situ, hujan dengan lebat.  penglihatan mata kasar ke arah jalanraya sedikit terhad.  namun begitu, alhamdulillah, syukur pada Allah sebab sampai di kl dengan selamat.


walaupun cuaca tak menentu, takde apa-apa perkara yang tak diingini berlaku sepanjang perjalanan pergi & balik serta ketika berada di kuala terengganu.


kesimpulannya, trip kali ni agak kurang seronok.  mungkin sebab cuaca kot.  ia agak membataskan pergerakan.  tempat yang dah plan nak pergi ~ tak pergi.  perkara yang dah plan nak buat ~ tak buat.

Sheikh Lutfallah Mosque, Iran

sedikit kecewa tapi mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.  hanya Allah yang mengetahui apa yang baik dan buruk untuk hambaNya.

Dina depan Taj Mahal

as you know, beberapa tempat di terengganu dan kuantan mengalami banjir yang agak teruk sekarang ni.  sama-sama kita doakan semoga mereka yang terlibat selamat.

Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia

should we go to east coast in the future, maybe we should consider flying instead of driving & avoid the monsoon season!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...