Wednesday, November 27, 2013

our moment...

ahad lepas, dina beria-ia nak pergi Sephora.  ada benda dia nak beli.  since kitaorang pun dah agak lama tak ke area sana, mr. hubby pun ok je nak pergi.

sebenarnya, dina ni peminat tegar One Direction.  minat giler especially Louis Thomlinson.  baru-baru ni, the 1D boy's have launched their very own perfume, called Our Moment.  perfume tu baru je launched kat malaysia khamis lepas.  at the moment, it is available only at sephora outlets.


dina nak sangat beli perfume tu.  kalau beli perfume tu, boleh dapat signature 1D walaupun signature tu dah dibuat copy 100 ribu kali.  hehe..  kesian anak aku.



after parking kat pavilion, kitaorang terus direct ke sephora di seberang jalan.  dah terang-terang perfume tu ada kat pintu masuk sephora.  dina punyalah excited.  tapi beli perfurme size yang paling kecik je lah dulu.  kalau tak wangi, taklah ralat sangat.  next time boleh beli yang besar sikit.


once done, kitaorang jalan-jalan kat pavilion.  sempena krismas bulan depan, pavilion telah dihias dengan cantik.  rasa macam shopping mall kat singapore pulak.


kat ruang legar kat tingkat bawah siap ada carousel lagi.  kitaorang tak turun pun ke bawah.  cuma dari atas carousel tu nampak cantik bila berpusing-pusing.  pelancong luar ramai, orang tempatan lagi lah ramai.


jalan-jalan a.k.a window shopping ni bahaya sebenarnya.  untuk aku yang lemah semangat bila masuk shopping mall ni, window shopping boleh membawa kepada bancruptcy.  hehe..!  tambahan pulak semua benda nampak cantik je kat pavilion tu.  dugaan...!


cuma ketebalan duit je lah yang tak berapa nak cantik.  tak berkepuk, tu pasal tak cantik!  huhu!!!  tapi sempat gak rembat beberapa 'barang' yang dikira berbaloi untuk dibeli.  apa-apa yang tak perlu tu, cuci mata je lah ^_^



then kitaorang singgah makan di Carl's Jr.  lepas makan, mr. hubby singgah di Celcom, sementara aku & dina pulak singgah di MyNews.  tak sah kalau keluar dari mynews dengan tangan kosong.  ada je yang nak dibeli.


finally, sebelum ke parking aku telah tersinggah di J.Co untuk beli donut.  masa aku datang last month outlet dia tutup sebab renovation.  rasanya, tak sia-sia datang pavilion hari tu.

our moment together ~ definitely priceless!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...