Monday, November 25, 2013

Cikgu Adnan Moksin

kalau zaman sekolah dulu aku pernah pergi ke Dewan MPS disebabkan pesta buku, tapi sabtu lepas aku ke sana sebab dapat jemputan ke majlis perkahwinan.  dan yang kahwin tu pulak anak perempuan Cikgu Adnan Moksin.


Cikgu Adnan with Mimi & Khas
Photo courtesy from Mimi

Cikgu Adnan ni adalah salah seorang cikgu kat SMC dulu.  walaupun aku tak berpeluang mendapat Cikgu Adnan mengajar kat kelas aku, aku berbesar hati sebab cikgu terima aku jadi 'friend' dalam FB.  pastu ajak datang kenduri kahwin pulak.  terima kasih Cikgu.

Azra's family & Pengantin
Photo courtesy from Azra

aku sampai agak lewat, tapi taklah lewat sangat.  sama time dengan pengantin.  mana tak, jalan jammed lah.  dari rumah aku nak sampai Cheras je dah ambik masa sejam.  mr. hubby pun tension.

sampai pintu masuk dewan, jumpa Cikgu yang sedang menunggu tetamu.  Cikgu tak kenal aku, so akulah yang kena tegur kan...  Cikgu tak banyak berubah, cuma kelihatan sedikit dimamah usia dan sedikit kurus dari dulu.  takpe, yang penting Cikgu sihat.

Cikgu Adnan & Seniors *Mana K. Mariam?*
Photo courtesy from K. Mariam

masa masuk dewan, mata aku mula melilau mencari kalau-kalau ada muka yang familiar.  sekali aku ternampak senior aku, Kak Hasnah.  K. Hasnah cam muka aku, tapi nama aku dia dah tak ingat.  takpo lah kak, sey faham.  sey tak kisah pun.  hehe..  ^_^

masa nak cari tempat duduk, aku ternampak dua wajah yang teramatlah familiar ~ Khas dan Mimi.  lega... ada jugak member yang boleh bertukar-tukar cerita.  diaorang datang awal, dah makan dah pun.  tapi sebelum aku makan, sempat lagi ambik gambar.  huhu!!!

from left:  Khas, Mimi & me
Photo courtesy from Mimi

makanan memang sedap.  terbaekk!!!  tapi kitaorang tak stay lama.  lepas makan, kitaorang terus balik.  tapi sebelum balik, jumpa Cikgu dulu.  terima kasih Cikgu.  kalau panjang umur, insya'allah kita jumpa lagi.

aku takde ambik gambar masa majlis tu.  semua gambar kat entry ni adalah ehsan dari akaun kawan-kawan fb ~ Mimi, Azra & Kak Mariam.  terima kasih banyak-banyak ya  ^_^

dapat jumpa Cikgu, kawan lama serta seniors ~ it was priceless...


2 comments:

  1. as salam juane...oohhh pergi wedding ank cikgu adnan...lainnya rupa cikgu...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam Yati,
      ya, wedding anak Cikgu Adnan. dalam gambar nampak lain. tapi kat luar masih sama, cuma rambut cikgu je yang dah putih. hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...